Kerajaan Umum Akta Sewa-Beli Yang Bakal Bawa Lebih Manfaat Kepada Pengguna Berkuat Kuasa Jun Ini
Undang-undang baharu ini akan memberi tawaran yang lebih adil kepada pengguna.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun selepas diwartakan pada 30 Januari lalu
Menerusi kenyataan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata ketika Rang Undang-Undang (RUU) pindaan itu dibentangkan di Parlimen, sasaran awal tempoh peralihan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 ialah selama 18 bulan selepas tarikh diwartakan.
"Namun, pelbagai pihak termasuk sebahagian Ahli Parlimen yang meminta pindaan itu berkuat kuasa secepat mungkin.
"Selepas rundingan susulan dibuat, Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 akan dikuatkuasakan lebih awal, iaitu pada 1 Jun 2026, empat bulan selepas diwartakan pada 30 Januari lalu," katanya.
Menurutnya, tempoh peralihan boleh diberi kepada penyedia sewa beli yang memerlukan masa untuk menyesuaikan sistem, dokumentasi dan proses selaras dengan keperluan baharu. Penyedia yang sudah bersedia boleh mula menawarkan perjanjian sebaik tarikh kuat kuasa bermula.
"Seperti yang diumumkan Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) pada Disember tahun lalu, institusi perbankan juga menawarkan diskaun ihsan bermula 1 Jun.
"Diskaun akan diberi kepada pelanggan di bawah kaedah lama, iaitu kadar faedah sama rata dan peraturan 78 yang memilih membuat penyelesaian awal bagi memastikan baki tertunggak setara dengan pelanggan yang memasuki perjanjian baharu, iaitu berasaskan Kadar Faedah Efektif dan Kaedah Pengurangan Baki, di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026," katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali (tengah).
Image via Armizan Mohd Ali (Facebook)Antara komitmen kerajaan mewujudkan ekosistem kredit yang lebih telus dan berintegriti
Armizan berkata, usaha itu adalah langkah memperkukuh ekosistem kredit bagi menambah baik perlindungan pengguna melalui pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967.
"Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 bertujuan menterjemah prinsip keadilan kredit pengguna dan pemodenan dalam konteks perjanjian sewa beli melalui beberapa perubahan utama.
"Pertama, pindaan ini memansuhkan penggunaan Kadar Faedah Tetap Sama Rata dan kaedah Peraturan 78. Di bawah kaedah itu, sebahagian besar bayaran ansuran pada peringkat awal tempoh pinjaman digunakan untuk membayar faedah, manakala hanya sebahagian kecil diperuntukkan kepada bayaran prinsipal.
"Ini menyebabkan peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal terpaksa menanggung baki pinjaman tinggi dan tidak mencerminkan kos sebenar pinjaman," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via KaizerMemperkenal Kaedah Pengurangan Baki dan Kadar Faedah Efektif bagi pinjaman sewa beli berkadar tetap
Menerusi kaedah itu, faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa, sekali gus menjadikan penyelesaian awal pinjaman lebih telus dan adil kepada pengguna.
"Kedua, pindaan ini menyokong transformasi digital dengan membenarkan penggunaan teknologi dalam perjanjian sewa beli. Ini termasuk kebenaran menggunakan tandatangan dan penyerahan dokumen secara digital serta elektronik bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses perjanjian.
"Pindaan ini turut memperkenalkan keperluan pelaksanaan usaha wajar untuk pengesahan identiti peminjam sebagai langkah mengurangkan risiko penipuan.
"Di samping itu, pindaan ini turut memperkenalkan keperluan pelaksanaan usaha wajar untuk pengesahan identiti peminjam sebagai langkah mengurangkan risiko penipuan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 