Kerajaan Tetapkan RM300,000 Harga Siling Rumah Mampu Milik Sebagai Langkah Kawal Harga Rumah
Difahamkan, harga rumah di Malaysia menunjukkan trend peningkatan apabila Indeks Harga Rumah Malaysia bagi separuh pertama 2025.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan menetapkan harga siling rumah mampu milik pada kadar RM300,000 di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara
Menerusi laporan Harian Metro, perkara ini merupakan salah satu daripada tiga inisiatif utama dalam usaha memastikan rakyat terus mempunyai akses kepada kediaman yang mampu dimiliki untuk meningkatkan langkah kawalan harga rumah.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata kementerian turut melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik bagi memastikan harga ditetapkan selaras dengan kemampuan rakyat setempat.
"(Kerajaan) melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah hasil daripada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah pada 2024.
"Pemetaan ini menjadi rujukan bagi penetapan harga rumah di satu-satu lokaliti dan boleh diakses di papan pemuka maklumat rumah mampu milik di laman web Malaysian Urban Observatory (MUO)," katanya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu.
Image via BernamaKementerian turut memperketat pemantauan pemajuan perumahan menerusi pelaksanaan Sistem Pengurusan Perumahan Bersepadu (HIMS)
Sistem ini akan memproses sepenuhnya permohonan lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan secara dalam talian.
Beliau berkata sistem itu menjadi mekanisme utama pengumpulan data perumahan untuk tujuan pengurusan, pemantauan dan pelaporan selain membolehkan pencegahan awal dilaksanakan terhadap projek yang lewat atau berisiko.
Selain itu, beliau memaklumkan menurut laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), harga rumah di Malaysia menunjukkan trend peningkatan apabila Indeks Harga Rumah Malaysia bagi separuh pertama 2025 mencatatkan 227.3 mata dengan harga purata RM490,376 seunit.
Kerajaan turut memperkukuh usaha membantu pembeli rumah pertama memiliki kediaman sendiri menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM500,000, khususnya kepada golongan B40 dan M40 termasuk individu berpendapatan tidak tetap.
Beliau berkata SJKP juga menawarkan pinjaman perumahan sehingga 120 peratus kepada pembeli rumah pertama, selain menyediakan skim step-up financing yang membolehkan kadar faedah meningkat secara berperingkat mengikut keupayaan peningkatan pendapatan peminjam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 