Kerajaan Tawar Pengecualian ‘Roadtax’ Setahun Jika Tukar Kereta Lama Kepada Proton
Difahamkan, kempen itu akan berlangsung sehingga akhir tahun ini.
Cover image via WikipediaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan menawarkan insentif pengecualian cukai jalan selama setahun kepada individu yang mendaftar di bawah Program Proton Xchange
Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu kerajaan berperanan menyokong pelaksanaan program ini bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dan menggalakkan mobiliti lebih hijau.
"Apabila program ini dilancarkan, orang ramai akan mula mendaftar dengan PROTON.
"Mereka memerlukan masa untuk membawa atau membatalkan pendaftaran kenderaan lama sebelum mendapatkan yang baharu.
"Oleh itu, saya menggesa pihak kementerian dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan mekanisme ini bersama PROTON," katanya.
Difahamkan kempen itu akan berlangsung sehingga akhir tahun ini dan jika menunjukkan prestasi memberangsangkan, perbincangan akan diadakan bagi melancarkan versi program yang lebih besar dengan insentif tambahan.
Loke (tengan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Li Chunrong (kanan) dan Pengerusi PROTON, Tan Seri Syed Faisal Albar (kiri) pada majlis pelancaran Program PROTON Xchange.
Image via Berita Harian
Inisiatif untuk mengurangkan bilangan kenderaan lama di jalan raya
Dalam pada itu, inisiatif itu sejajar dengan matlamat Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan bilangan kenderaan lama di jalan raya.
"Tiada had ditetapkan bagi insentif berkenaan kerana ia berdasarkan konsep satu lawan satu. Jika pemilik mempunyai lima kenderaan lama, mereka juga layak membeli lima kenderaan baharu menerusi program ini.
"Malah, pengecualian cukai jalan turut diberikan tanpa had, walaupun melibatkankenderaan dengan kadar cukai lebih tinggi, asalkan ia dibuat di bawah program pertukaran ini," katanya.
Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar, berkata syarikat memperuntukkan sebanyak RM4.8 juta dan menawarkan sokongan dagangan lebihan bernilai RM2,000 bagi setiap pendaftaran kenderaan PROTON baharu, termasuk model kereta elektrik (EV), Proton e.MAS 7.
"Program ini bertujuan untuk menggalakkan pemilik kereta lama yang dianggap tidak lagi selamat digunakan di jalan raya untuk menukarnya dengan model baharu PROTON.
"Program ini akan dijalankan oleh Car Medic Sdn Bhd, sebuah fasiliti rawatan automotif yang diluluskan (AATF) dan terbuka kepada pemilik semua jenis kereta, tidak kira jenama," katanya.
Tambah beliau, Program Proton Xchange dirangka bagi mencapai matlamat meningkatkan keselamatan jalan raya serta menggalakkan mobiliti hijau.
Malah, Proton bersama Car Medic akan menyediakan penyelesaian menyeluruh yang menawarkan insentif kepada peserta dan menjamin pelupusan kenderaan lama secara selamat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


