Kerajaan Tawar Diskaun RM50 Tiket Penerbangan Semenanjung Malaysia-Sabah & Sarawak

Jangan lupa grab diskaun ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via FMT & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan umum tawaran rebat RM50 bagi tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Menerusi laporam TVS, tawaran ini diberikan sempena sambutan Gawai dan Kaamatan bermula 15 Mei hingga 14 Jun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pemberian rebat tersebut dijangka memanfaatkan 100,000 penumpang yang membeli tiket penerbangan bagi arah kawasan terbabit.

Katanya, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan memperuntukkan RM5 juta bagi menampung kos rebat tersebut.

"Inisiatif ini bagi memelihara kemampanan operasi industri penerbangan, memberi manfaat besar kepada rakyat, khususnya mereka yang melakukan perjalanan bagi tujuan pekerjaan, pendidikan, urusan keluarga dan lain-lain keperluan harian," katanya.

SAYS.com

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Image via Anthony Loke Siew Fook (Facebook)

Antara komitmen kerajaan pengangkutan awam negara terus menjadi pilihan utama

Menurut Loke, langkah ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan sistem pengangkutan awam negara terus menjadi pilihan utama.

Ia membawa matlamat kemudahan kepada rakyat iaitu untuk mampu dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Antara inisiatif lain yang diumumkan adalah membabitkan pelanjutan tempoh kredit bagi bayaran fi dan caj daripada 30 hari kepada 60 hari, berkuat kuasa 1 Mei 2026.

"Ini akan membantu sedikit aliran tunai (cash flow) mereka untuk tempoh dua bulan. Perkara ini juga dialu-alukan oleh syarikat penerbangan selepas kita mengadakan mesyuarat bersama mereka semalam," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik