Kerajaan Selangor Umum Batalkan Cadangan Projek Ternakan Babi Di Bukit Tagar

Kerajaan Selangor menyambut baik cadangan Perdana Menteri untuk pembatalan tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Amirudin Shari (Facebook) & TVS
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Selangor memutuskan projek ternakan babi di Bukit Tagar, Hulu Selangor dibatalkan

Menerusi laporan Berita Harian, projek itu turut ditangguhkan sementara bagi mencari lokasi alternatif atau kaedah yang lebih sesuai sebelum boleh dilaksanakan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) minggu lalu selepas Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Izham Hashim memaklumkan terdapat bantahan keras berhubung projek terbabit.

"Sebenarnya sebelum PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) maklum pada kita (cadangan batalkan dahulu projek), memang MMKN memberikan arahan untuk mencari alternatif kawasan kerana kita lihat ada bantahan keras di Bukit Tagar.

"Kemudian diikuti dengan cadangan PM yang saya sambut baik. Tapi kita tidak akan maklumkan lagi kawasan-kawasan itu ataupun cadangan-cadangan lain kerana kita belum putuskan lagi," katanya.

SAYS.com

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika berucap dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Menteri Besar Selangor hari ini.

Image via Amirudin Shari (Facebook)

Akui projek diumum terlalu awal sehingga mencetuskan isu

Menurut Amirudin, beliau mengakui rancangan kerajaan negeri tersebut diumumkan terlalu awal sehingga mencetuskan pelbagai perdebatan.

"Memang isu ini agak separuh masak sebab apa-apa pun belum dihantar tapi (kelihatan) macam kita dah nak pacak (bina) semalam atau hari ini.

"Tidak mengapa, kita belajar daripada hal tersebut mungkin ada yang terlebih umum, agak mendahului kerana yang sepatutnya penglibatan dengan pengusaha perlu dibuat," katanya.

Difahamkan, Anwar memaklumkan cadangan supaya projek berkenaan dibatalkan menerusi panggilan telefon ketika beliau berada di luar negara untuk pemukiman sebuah agensi kerajaan negeri.

Katanya, cadangan projek ternakan babi di Bukit Tagar dilakukan bagi menangani masalah pencemaran yang berlaku di Tanjong Sepat, Kuala Langat sejak belasan tahun lalu.

"Kita ikut nasihat PM, sebab isu ini dah melampaui daripada hal dan realiti sebenar. Tak apalah kita tangguh dan kita batalkan buat sementara, sebelum kita dapat alternatif tapak ataupun kaedah lain," katanya.

SAYS.com

Kawasan Pusat Pelupusan Sisa Pepejal yang dikatakan akan menjadi lokasi penternakan babi secara berpusat.

Image via Asyraf Hamzah

Isu bangkit atas faktor keresahan penduduk pelbagai kaum di kawasan sekitar

Perdana Menteri pada Jumaat lalu berkata mesyuarat mingguan Kabinet berpandangan bahawa isu berkenaan membabitkan faktor persekitaran dan keresahan rakyat pelbagai kaum di sekitar kawasan berkenaan harus diberi perhatian sebelum mencadangkan supaya projek tersebut dibatalkan terlebih dahulu.

Pada 12 Januari lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dengan perancangan kerajaan Selangor yang membenarkan operasi penternakan babi berskala besar di Tanjung Sepat, Kuala Langat bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Menerusi titah kenyataan, baginda tidak bersetuju khususnya apabila ada kemungkinan ia membabitkan penternakan babi berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara.

Baginda juga menzahirkan kebimbangan kerana kawasan Kuala Langat didiami ramai penduduk masyarakat Melayu dan sehingga ke hari ini, masalah berkaitan penternakan babi di kawasan itu masih gagal diselesaikan sepenuhnya sejak 2010.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: