Kerajaan Selangor Henti Beri Lesen Ternak Babi, Tutup Segera Ladang Yang Masih Beroperasi

Sebelum ini, campur tangan Sultan Selangor menyebabkan kerajaan negeri membatalkan cadangan untuk memusatkan industri penternakan babi di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Amirudin Shari & Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Selangor memutuskan hentikan pemberian lesen penternakan babi dan menutup segera ladang-ladang ternakan yang masih beroperasi

Menerusi laporan Free Malaysia Today, perkara itu diumumkan menteri besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin memaklumkan keputusan itu dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak perkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri itu.

"Melangkah ke hadapan, kerajaan negeri tidak akan meneruskan pemberian lesen penternakan babi kepada mana-mana pihak di Selangor.

"Bagi ladang penternakan yang beroperasi sebelum ini, kawasan tersebut akan ditutup dengan kadar lebih pantas secara berperingkat dengan kerjasama Jabatan Veterinar," katanya.

SAYS.com

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Image via Amirudin Shari

70% keperluan daging babi masyarakat bukan Islam bersumberkan import dari negeri lain

Difahamkan selepas keputusan berkenaan dilaksanakan, keseluruhan keperluan terbabit akan diimport sepenuhnya oleh industri terlibat.

"Keputusan ini diambil bagi menjaga sensitiviti masyarakat yang khuatir terhadap impak ladang penternakan ini kepada alam sekitar termasuk saliran air dan pencemaran bau.

"Dengan keputusan ini, sebarang polemik berkaitan isu babi harus dihentikan dan tidak dipanjangkan oleh mana-mana pihak yang mungkin bertujuan menggugat keharmonian dan menimbulkan perasaan syak wasangka di antara masyarakat yang berbilang kaum dan agama," katanya.

Selasa lalu, Sultan Sharafuddin bertitah supaya isu penternakan babi di Selangor ditamatkan sepenuhnya berikutan kesan terhadap alam sekitar serta mengambil kira komposisi demografi penduduk negeri itu.

SAYS.com

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Image via Bernama

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: