Kerajaan Negeri Terengganu Larang Aktiviti Busking, Hormati 10 Malam Terakhir Ramadan
Larangan itu berkuat kuasa sehingga 30 Mac ini.
Cover image via Malaysian Buskers (Facebook)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan Negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah mengumumkan kerajaan negeri Terengganu melarang semua aktiviti persembahan hiburan busking selama 10 hari di seluruh negeri
Menurut beliau, larangan itu adalah bagi menghormati 10 malam terakhir Ramadan. Menurut laporan Harian Metro, larangan tersebut tidak berterusan sepanjang tahun seperti kekeliruan kumpulan busking.
"Semua pengusaha premis perniagaan, penganjur moreh, bazar ramadan dan bazar Aidilfitri diminta mematuhi arahan untuk tidak mengadakan aktiviti hiburan oleh 'busking' atau pemuzik jalanan.
"Larangan itu juga bukan hanya membabitkan aktiviti dan persembahan hiburan dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), sebaliknya di seluruh negeri," katanya.
Difahamkan, larangan itu berkuatkuasa semalam hingga akhir bulan ini
"Semua pemilik pasaraya, penganjur program moreh, bazar ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negeri diminta memberi kerjasama bagi memastikan semua aktiviti persembahan hiburan tidak beroperasi pada masa dan tarikh ditetapkan,
"PBT akan mengambil tindakan penguatkuasaan selaras dengan undang-undang kerajaan tempatan," katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar MBKT, Datuk Rosli Latif berkata, pihaknya sudah mengedarkan surat larangan aktiviti hiburan kepada semua pemilik premis pasaraya dan penganjur program moreh, bazar ramadan dan bazar Aidilfitri.
"Bagi memastikan arahan itu dipatuhi, pegawai dan anggota penguatkuasa MBKT akan melakukan rondaan di semua pasaraya, tapak aktiviti moreh dan bazar ramadan serta aidilfitri," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


