Kerajaan Negeri Sabah Umum Cuti Tambahan Untuk Berhari Raya Pada 2 April Ini
Berita gembira untuk orang Sabah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Negeri Sabah umum hari kelepasan am pada 2 April ini
Menerusi laporan Sinar Harian, perkara tersebut dimaklumkan selepas tarikh ulang tahun rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah jatuh pada hari Ahad, 30 Mac ini.
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata apabila ulang tahun rasmi TYT jatuh pada hari Ahad, hari berikutnya itu akan menjadi cuti kelepasan am.
Perkara ini ditetapkan selepas hari kelepasan am gantian turut jatuh pada tarikh cuti umum Hari Raya Aidilfitri
Katanya, kerajaan negeri telah menetapkan tarikh berkenaan sebagai cuti tambahan selepas tarikh gantian hari kelepasan am turut jatuh pada tarikh cuti umum Hari Raya Aidilfitri tahun ini iaitu pada 31 Mac hari Isnin.
"Pada tahun ini, tarikh ulang tahun rasmi TYT jatuh pada hari Ahad iaitu 30 Mac 2025, maka hari berikutnya akan menjadi cuti kelepasan am.
"Kerajaan negeri menetapkan sekiranya hari berikutnya juga adalah hari kelepasan am, maka tarikh 2 April 2025 sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sabah sebagai tambahan kepada hari yang disebut dalam Jadual Pertama Ordinan Hari Kelepasan (Bab56)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 