Kerajaan Disaran Tubuh ‘Tabung Rumah’ Buat Golongan Muda Menyimpan Beli Kediaman Pertama
Difahamkan, kediaman yang siap dibina tidak terjual bernilai RM300,000 ke bawah paling banyak direkodkan pada suku pertama 2025 iaitu sebanyak 7,135 unit bernilai RM1.58 bilion.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) baru-baru ini mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan perbankan perumahan khusus bagi membantu golongan muda membuat simpanan pembelian rumah
Menerusi laporan Buletin TV3, Presiden FOMCA, Datuk Dr N Marimuthu berkata inisiatif ini dapat memberikan golongan muda untuk memliki simpanan khusus sekurang-kurangnya 20 peratus sebelum membeli rumah.
"Harga rumah memang satu isu dimana Persatuan Pengguna selalu ketengahkan kepada kerajaan.
"Sebab itu kerajaan harus faham kalau mereka mahu pastikan rakyat kita mempunyai rumah mampu milik sekurang-kurangnya kerajaan harus menggalakkan penubuhan satu bank yang baharu iaitu Bank Perumahan Malaysia atau yang berkenaan.
"Tetapi bank ini matlamat dia untuk pastikan anak-anak muda kita boleh simpan dalam bank berkenaan dan mendapat faedah yang tinggi supaya mereka mampu sekurang-kurangnya untuk simpan 10 hingga 20 peratus untuk membeli sesuatu rumah.
"Kita kena faham kebanyakan anak-anak muda sekarang tidak mampu untuk membeli (rumah) kerana dua faktor yang pertama pekerjaan mereka tidak stabil, kedua gaji minima terlalu rendah," katanya.
Orang ramai luah harga rumah mampu milik kini berada dalam kadar RM300,000
Pekerja sektor awam, Nurul Haafizhah Jumari, 30, berkata kadar gaji yang diterima bawah RM3,000 menyebabkan ramai tidak mampu memiliki rumah.
"Pandangan saya penjawat awam yang kurang mampu yang gaji bawah RM3000 mereka nak buat pinjaman ada yang dapat ada yang tak dapat.
"Kalau dapat rumah itu dikurangkan lagi (harga) maksudnya daripada RM300,000 ke bawah itu, jadi penjawat awam yang kurang mampu ini dapat membeli (rumah) dapat buat pinjaman untuk rumah itu," katanya.
Bagi Zulhiyee Zulkifli, 27, harga rumah teres yang lebih berbaloi di luar bandar turut menjadi faktor rumah dengan harga sedemikian tidak banyak terjual.
"Kalau bagi saya rumah mampu milik dekat kawasan bandar ini orang boleh dapatkan rumah teres di luar bandar dengan harga RM300,000. Jadi orang mungkin akan cari rumah teres.
"Jadi bila kita ada keluarga semua rumah teres lebih baik. Kalau rumah mampu milik biasanya rumah pangsapuri," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 