Kerajaan Disaran Pinda Undang-Undang Kawal Akses Media Sosial Anak-Anak – Prof. Noor Aziah
Menurutnya, pemantauan aktiviti dalam talian bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata, sebaliknya ibu bapa memainkan peranan penting melindungi anak-anak daripada ancaman siber.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pindaan undang-undang berkaitan kawal selia kanak-kanak bawah umur dalam penggunaan media sosial adalah disaran memandangkan kanak-kanak dilihat mudah terdedah dengan perkara-perkara negatif di platform tersebut
Menerusi laporan Sinar Harian, Profesor Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata perkara ini penting bagi mencegah situasi di mana kanak-kanak boleh terdedah kepada bahaya gambar tidak senonoh serta menjadi mangsa ugutan.
"Sekarang boleh dikatakan semua rumah ada internet, sambung sahaja ke rangkaian sudah boleh akses jadi agak sukar mahu mengawal penggunaan internet pada umur tertentu.
"Bagi saya menghukum ibu bapa yang cuai atau abai tanggungjawab memantau juga bukan perkara mudah. Oleh sebab itu, pendidikan kepada ibu bapa sangat penting dalam masa sama perlu sampaikan maklumat kepada kanak-kanak juga.
"Seterusnya baru kita buat beberapa perundangan yang boleh kawal individu bawah umur daripada menjalankan aktiviti atas talian supaya risiko dieksploitasi dapat dikurangkan," katanya.
Cadangan yang berbeza dengan apa yang ada di dalam Akta Kanak-Kanak 2001
Menurut Noor Aziah, perkara ini berbeza dengan undang-undang berkaitan penderaan fizikal yang sudah ada di dalam Akta Kanak-Kanak 2001 bagi cadangan yang dinyatakan itu.
"Ini bukan melibatkan pengabaian kanak-kanak seperti tidak bagi makan dan minum serta biar anak terdedah bahaya tetapi lebih kepada menjaga keselamatan mereka dalam talian.
"Oleh itu, bagi saya lebih baik mencegah sebelum ia berlaku. Biasanya orang yang eksploitasi kanak-kanak ini akan mengugut ibu bapa dan ini juga menjejaskan emosi kanak-kanak sehingga menjadi trauma kepada mereka," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 