Kerajaan Digesa Naikkan Elaun Jururawat Sehingga RM500 Lepas 17 Tahun Kadar Elaun Masih RM100
Difahamkan, negara kini berdepan kadar kekosongan jururawat hampir 18 peratus dalam sistem kesihatan awam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) gesa kerajaan naikkan elaun pasca asas kejururawatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan berbanding elaun semasa RM100
Menerusi laporan Berita Harian pelarasan elaun ini turut perlu dilaksanakan bersama mekanisme semakan berkala yang tersusun.
Presiden MMA, Datuk Dr R Thirunavukarasu berkata pelarasan elaun tersebut telah tiba masanya untuk dinaikkan selepas ia kekal pada kadar sama selama 17 tahun.
Katanya, negara kini berdepan kadar kekosongan jururawat hampir 18 peratus dalam sistem kesihatan awam membabitkan lebih 14,700 kekosongan daripada 84,000 jawatan yang diluluskan setakat September lalu.
"Maka perlu ada usaha untuk menggalakkan mereka kembali kepada sistem kesihatan awam. MMA maklum bahawa struktur imbuhan membabitkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.
"Berikutan agensi ini beroperasi dalam kerangka pentadbiran negara dan melapor kepada Perdana Menteri, isu ini akhirnya memerlukan keputusan yang jelas di peringkat kepimpinan tertinggi," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo!Isu kenaikan elaun bukan lagi soal proses, kajian atau masa dalam kitaran belanjawan
Sebaliknya, Dr Thirunavukarasu berkata ia adalah mengenai sama ada satu keputusan itu akan dibuat ataupun tidak.
"Sebarang penangguhan lanjut menghantar isyarat yang jelas bukan sahaja kepada jururawat kita, tetapi kepada keseluruhan sistem kesihatan mengenai di mana keutamaan sebenar diletakkan.
"Jururawat kita berdiri bersama rakyat Malaysia dalam saat paling rapuh. Persoalannya kini ialah sama ada kepimpinan negara akan berdiri bersama mereka," katanya.
Menurutnya, jururawat berpengalaman kini semakin meninggalkan sistem perkhidmatan awam dan ia berlaku, kepakaran yang diperlukan semakin sedikit di mana usaha membina semula kapasiti terbabit memerlukan masa bertahun-tahun.
"Kita juga perlu mengakui bahawa majoriti jururawat kita adalah wanita, yang menyeimbangkan tuntutan kerja syif yang mencabar dengan tanggungjawab di rumah.
"Mereka memikul beban profesional dan peribadi, namun terus berkhidmat dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 