Kerajaan Beri Amaran Tarik Balik STR Jika Penerima Beri Maklumat Palsu

MoF turut memaklumkan sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa Satu tahun ini, yang akan mula disalurkan pada Selasa depan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan berhak menarik balik bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekiranya pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, MoF memaklumkan setiap permohonan STR akan melalui pelbagai proses semakan dan verifikasi dengan agensi berkaitan bagi menyemak kelayakan pemohon.

Semakan berkala turut diadakan setiap suku tahunan untuk menyemak rekod pemilikan kediaman, pemilikan kenderaan, pemilikan perniagaan, serta rekod bekerja atau menetap di luar negara pemohon.

"Sekiranya didapati wujud maklumat palsu atau tidak tepat, tindakan undang-undang boleh diambil. Kerajaan juga berhak menarik balik mana-mana bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan," menurut kenyataan itu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Peruntukan berjumlah RM15 bilion untuk tahun ini

MoF dalam kenyataan sama memaklumkan peruntukan keseluruhan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini berjumlah RM15 bilion, menjadikannya jumlah peruntukan tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

Menurut MoF, peruntukan berjumlah besar itu susulan penyusunan semula pemberian STR dan SARA sebagai inisiatif Kerajaan MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat secara lebih berkesan.

"Di bawah penambahbaikan ini, lebih 8 juta rakyat layak menerima bantuan SARA secara bulanan, termasuk 400,000 daripada kalangan miskin dan miskin tegar berdasarkan pangkalan data eKasih, menjadikan SARA sebagai bentuk bantuan asas yang menyediakan sokongan berterusan kepada rakyat.

"STR pula diberikan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan, disasarkan kepada isi rumah dan warga emas tiada pasangan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan, termasuk golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih.

"Pendekatan bersepadu ini memastikan bantuan bersasar dapat disalurkan secara lebih teratur, stabil dan berkesan, di samping memberikan ruang kewangan tambahan pada waktu keperluan puncak seperti musim perayaan," menurut kenyataan itu.

MoF turut memaklumkan sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa Satu tahun ini, yang akan mula disalurkan pada Selasa depan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: