Kerajaan Bakal Laksanakan Penilaian Pembelajaran Baharu Untuk Murid Tahun 4 & Tingkatan 3

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap pada majlis peluncuran Rancangan Pendidikan Negara.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan akan melaksanakan Pengukuran Pembelajaran untuk tahun empat mulai tahun ini manakala tingkatan 3 pada 2027

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026 – 2035 hari ini memaklumkan pelaksanaan Pengukuran Pembelajaran tahun empat melibatkan empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Pengukuran Pembelajaran tingkatan tiga pula akan melibatkan lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah yang akan bermula pada 2027.

"Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan (LA) secara berpusat. Nama lain bagi pengukuran ini adalah Matriks Pembelajaran Malaysia," katanya.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim

Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 melambangkan reformasi pendidikan negara yang menyeluruh dan berani

Menurut Anwar, reformasi pendidikan ini mempertegas semula asas jati diri dan kenegaraan, memperkukuh intervensi di awal usia kanak-kanak, serta memartabatkan peranan guru.

"Pada masa yang sama, Rancangan Pendidikan Negara turut memperkasa sistem pendidikan tinggi supaya lebih terangkum dan adil, termasuk membuka akses lebih luas kepada pelajar miskin, pelajar berkeperluan khas dan bakat terbaik negara.

"Ikhtiar ini bukan sekadar mengubah struktur, tetapi membina insan yang berakar pada nilai, yakin pada identiti, cekal menghadapi perubahan, serta mampu mengangkat masa depan Malaysia dengan ilmu, adab dan ihsan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: