Keputusan UPU Lambat Lagi? Ini Panduan Lengkap Untuk Bakal Pelajar Buat Persediaan Awal

Awal tak kalut!

Cover ImageCover image via SAYS & UMP

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masih tunggu keputusan UPU? Ini jangkaan tarikh dan apa yang perlu anda buat seterusnya

Keputusan UPU (Unit Pengambilan Universiti) selalunya diumumkan pada minggu ketiga bulan Jun untuk lepasan SPM manakala untuk lepasan STPM pula ia diumumkan pada minggu pertama bulan September.

Namun begitu, tiada tarikh rasmi tetap, jadi penting untuk kekal peka dengan pengumuman rasmi daripada Bahagian Kemasukan IPTA (BKIPTA) melalui portal upu.mohe.gov.my, media sosial rasmi UPU, dan emel anda.

Macam mana nak semak keputusan nanti?

Apabila keputusan sudah diumumkan, anda boleh semak melalui:

  • Portal rasmi: upu.mohe.gov.my

  • SMS (jika diumumkan oleh pihak UPU)

  • Emel pemberitahuan (pastikan anda periksa inbox dan folder spam)

Pastikan anda ada nombor kad pengenalan dan nombor pin UPU (jika diperlukan), untuk mudahkan proses semakan.

Anda juga boleh menyemak keputusan anda menggunakan aplikasi UPU Pocket, yang boleh dimuat turun dari Play Store atau App Store, log masuk dengan nombor IC anda, dan akses maklumat keputusan anda terus dari aplikasi tersebut.

Aplikasi ini sangat berguna untuk menyemak kemas kini, pengumuman, dan juga mengesan status semasa permohonan anda.

Image via UPUOnline

Sementara tunggu, apa yang boleh anda buat?

Walaupun menunggu boleh berikan rasa yang mendebarkan, ini beberapa perkara berguna yang anda boleh lakukan sementara itu:

  1. Sediakan dokumen penting: IC, salinan keputusan peperiksaan, sijil ko-kurikulum, dan salinan surat tawaran (jika ada).

  2. Semak semula kursus pilihan anda: Ambil tahu tentang lokasi, struktur program, peluang kerjaya dan kos hidup.

  3. Pertimbangkan pelan B: Jika tak dapat tawaran, anda boleh mohon rayuan, masuk institusi swasta, atau ambil sijil kemahiran.

  4. Ikuti saluran rasmi UPU: Supaya anda tak terlepas tarikh penting seperti pendaftaran atau proses rayuan.

Kalau tak dapat tawaran, apa pilihan anda?

Jangan panik. Anda masih boleh:

  • Hantar rayuan: Biasanya dibuka sejurus selepas keputusan diumumkan.

  • Mohon ke institusi lain: IPTS, politeknik, kolej komuniti, atau ambil program TVET.

  • Pertimbangkan untuk bekerja sementara: Sambil kumpul pengalaman dan nilai semula minat anda.

UPU bukanlah penamat, tetapi ia hanya satu permulaan ke arah laluan pendidikan anda. Ramai juga yang berjaya walaupun laluan mereka bermula luar dari sistem UPU.

Teruskan cek portal UPU dan jangan putus harapan. Apa pun keputusannya nanti, ingat bahawa perjalanan setiap orang tak sama dan anda masih boleh berjaya ikut cara anda sendiri!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: