“Saya Tak Gila Jawatan MB” Dan 5 Lagi Kenyataan Ahmad Bashah Sebelum Jadi MB Kedah

Pi mai pi mai pi kat dia pulaq dah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Setelah sekian lama menjadi isu hangat, hari ini segalanya sudah terjawab apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan lagi menjadi MB Kedah Darul Aman

Image via SAYS

Jawatan itu nampaknya telah diganti dengan **Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.** Untuk pengetahuan semua, Ahmad Bashah merupakan **Pengerusi Badan Perhubungan UMNO** dan **Pengerusi BN Kedah.** Beliau juga adalah anggota **Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata** (dahulu Alor Merah) untuk lima penggal sejak 1995.

Image via SAYS

Akan tetapi, sebelum perlantikan ini dibuat, Ahmad Bashah ada mengeluarkan beberapa kenyataan yang macam hmmm…. Jom kita lihat di bawah:

1. "Tidak ada bincang siapa MB Kedah baru."

23 Januari lepas, ketika kecoh mengenai berita bahawa jawatan besar Mukhriz akan bertukar tangan, ramai dapat mengagak bahawa Ahmad Bashah akan menggantikan tempat Mukhriz itu.

Ini kerana, satu perjumpaan telah diadakan antara beliau dengan Perdana Menteri, Najib Razak bersama ahli-ahli UMNO Kedah yang lain. Jadi, ramai yang mengagak pasti isu MB yang dibualkan mereka.

Tetapi menurutnya, isu itu langsung tidak dibincangkan semasa perjumpaan tersebut.

**Katanya, mereka hanya berbual megenai parti yang perlu melakukan perubahan demi kebaikan parti.**

2. "Terpulang kepada presiden parti, itu hak beliau, siapa-siapa pun yang jadi Menteri Besar kami akan sokong."

Dalam perjumpaannya itu, beliau sendiri ada mengatakan bahawa ia terpulang kepada **Najib** untuk memilih siapa yang akan menjadi **Menteri Besar** di negeri jelapang padi itu.

Kenyataan tersebut nampaknya menunjukkan beliau sendiri tidak tahu bahawa beliau akan dipilih menggantikan tempat Mukhriz.

3. "Saya bukan dalang atau pak turut."

Semakin hari nama Ahmad Bashah semakin hangat diperkatakan. Daripada hanya dikenali di Kedah, kini beliau dikenali satu Malaysia. Malah, ada juga yang menyifatkan beliau merupakan "dalang dan pak turut" berkaitan dengan isu perletakan jawatan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Baca temuramah penuh [DI SINI](http://www.utusan.com.my/berita/politik/saya-bukan-dalang-atau-8232-pak-turut-8211-ahmad-bashah-1.183616).

Image via www.bernama.com

4. "Saya tidak gila jawatan Menteri Besar."

Malahan lagi, sesetengah pihak juga menyifatkan beliau seorang yang gila jawatan Menteri Besar.

Image via www.nst.com.my

5. "Saya cuma pejam mata hayati ucapan Tuanku, bukannya lena."

Ketika awal berita megenai ura-ura yang mengatakan beliau akan menggantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, ramai yang bercerita mengenainya yang tidur dalam satu acara istana.

Sekeping gambar beliau sedang terlena ibarat dibuai mimpi enak ketika dalam acara istana mula tersebar luas ketika itu. Bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan tersebut.

Hari ini, dia menjelaskan perkara sebenar mengenai gambar tersebut.

Dan akhir sekali…

6. "Alhamdulillah, terima kasih atas perkenan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah melantik saya sebagai MB Kedah."

**Hari ini menceritakan segala-galanya.** Nampaknya jawatan MB Kedah memang menjadi milik Ahmad Bashah. Beliau menzahirkan rasa syukur dengan pelantikan itu dan berjanji untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di Kedah seperti sebelum ini.

Image via SAYS

Bagaimanapun, Mukhriz ada beri pesanan, "Jangan lena masa angkat sumpah."

Image via SAYS

Jadi lagu mana rakyat kedah? Dapat pak baru la ni suka dak?

Image via

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan lupa baca juga kisah lain mengenai UMNO DI SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: