Kenyataan #2Kerja Oleh Ahmad Maslan Jadi Terlampau Viral Sampai Diego Costa Pun Muncul!
Datuk Ahmad Maslan kembali!
Cover image via SAYSPada Ahad, 27 Disember 2015, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan mengenai #2Kerja bagi menjana kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat
Bagi menguatkan lagi cadangan itu, beliau mendakwa dirinya sudah pun menggalas 3 pekerjaan berlainan iaitu sebagai Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, dan Ketua Penerangan UMNO. #3Kerja
Rakyat Malaysia yang kian dihimpit kos sara hidup tinggi mendapati kenyataan tersebut tidak munasabah dan dianggap pendek akal. Ruangan komen di Facebook terus banjir dengan pelbagai tohmahan.
Image via Free Malaysia Today/Facebook
Netizen juga sempat "menyekolahkan" Datuk Ahmad Maslan tentang perbezaan jawatan dan pekerjaan. Pelawak negara, Harith Iskander turut tidak lepaskan peluang.
Sejak daripada it juga, muncul pelbagai troll yang dikaitkan dengan #2Kerja di laman sosial.
Mana satu anda punya favourite?
Image via Nando's/Facebook
Selepas menerima caci maki tanpa henti, Datuk Ahmad Maslan akhirnya bersuara. Menurut beliau, kenyataan #2Kerja yang dikeluarkannya tempoh hari telah disalah erti dan sengaja diputarbelitkan.
Image via www.freemalaysiatoday.com
Sebenarnya, konteks kenyataan tersebut adalah bagi menggalakkan rakyat untuk terlibat dalam online business dan menjadikannya sebagai medium untuk menambahkan pendapatan
Beliau tidak sama sekali menyuruh rakyat untuk melakukan 2 pekerjaan di luar rumah. **Cukuplah sekadar mempunyai satu pekerjaan, dan ditambah dengan** ***online business*** **di rumah**. Ini konteks sebenar yang cuba beliau sampaikan.
Dalam satu majlis baru-baru ini, Ahmad berkata, kementeriannya mengesyorkan semua agensi kerajaan yang berurusan dengan usahawan mikro, kecil dan sederhana agar memberi fokus kepada perniagaan online
Image via Twitter @ahmadmaslan
Akhir kata dari Ahmad Maslan…
Image via Twitter @ahmadmaslan
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
MOST READ

