*Okay, kalau kita fokus sesuatu isu itu seboleh-bolehnya, bahagian prefrontal kita akan aktif, dan deactivate default mode kita. Itulah sebabnya, jika anda perasan, contohnya sekiranya anda ada task atau kerja yang perlu disiapkan seperti nak menulis sesuatu artikel, semakin anda push otak anda untuk berfikir, semakin tak ada lah ideanya. Tapi, time mandi, tiba-tiba idea datang. Otak kita sebenarnya menjadi lebih aktif sekiranya kita tidak fokus dalam sesuatu perkara, pelik kan?*
*Namun, focusing on one specific task bukanlah sesuatu yang tidak elok, sebaliknya ia akan meletakkan kita lebih daya tumpuan dan tiada distraction untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Bila daya tumpuan kita 100%, otak kita akan mengurangkan connection kat bahagian lain yang menyebabkan kita distracted, tetapi secara tidak langsungnya akan men"censor" creative solution.*
*Seorang scientist bernama Shelley Carson di Universiti Harvard juga mendapati mereka yang kreatif sering mengelamun. Golongan ini juga senang distracted, dan tak fokus. Well, ini adalah kajiannya yang dilakukan oleh beliau.*
*Fakta, semasa tahun 1990, saintist NASA sedang pecah kepala memikirkan solution untuk memperbaiki Hubble teleskop yang mempunyai masalah distorted lens, dan teleskop tersebut berada di angkasa. Semasa sedang mandi, salah seorang jurutera, Jim Crocker terlihat akan kepala shower di tandasnya mempunyai adjustable rod. Dari situ beliau mendapati cara memperbaiki teleskop tersebut dengan cara memanjangkan rod cermin yang terletak di dalam Hubble teleskop itu yang boleh dikawal daripada bumi. See? A multi-billion space technology problem diselesaikan dalam toilet.*