Kenapa Semua Orang Mula Pilih Warna Hijau Tree House Untuk Raya Tahun Ini?
Kalau anda mahu ceriakan rumah sempena Raya yang bakal tiba, mungkin warna Tree House antara yang boleh dijadikan pilihan

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali Raya makin dekat, soalan klasik mesti muncul, "nak pakai warna apa tahun ni?"
Tapi sebenarnya bukan baju saja yang orang fikir. Suasana rumah pun sama penting. Sebab Raya bukan sekadar cantik di gambar, tapi rasa tenang bila melangkah masuk ke rumah sendiri.
Menariknya untuk Raya 2026, ramai rakyat Malaysia mula sepakat memilih satu tona yang nampak simple, tapi ada 'jiwa' iaitu warna hijau Tree House (NP 8266).
Ia bukan hijau yang terlalu terang, bukan juga gelap sampai nampak suram. Sebaliknya, ia tona semula jadi yang lembut, matang dan buat mata rasa selesa. Warna yang bagi vibe macam balik ke rumah lama, tapi dengan sentuhan moden.
Kalau korang tengah fikir nak refresh rumah sebelum Raya, Tree House sebenarnya antara pilihan paling selamat dan cantik untuk jangka panjang.
Kenapa Warna Hijau Tree House Jadi Pilihan Ramai?
Kalau perasan, trend rumah sekarang dah tak lagi ke arah yang terlalu sarat dengan dekorasi.
Ramai mula cari ruang yang buat kita rasa tenang dan bukannya sekadar cantik di Instagram.
Di sinilah warna Tree House 'kena' dengan jiwa orang sekarang.
Ia bukan warna yang cepat jemu. Tona hijaunya tampak natural, menenangkan dan mudah dipadankan dengan hampir semua warna perabot sama ada warna kayu, putih, beige atau hitam.
Warna hijau Tree House sememangnya sesuai dengan gaya hidup yang ringkas, cozy, dan evergreen. Pakai lama pun tak rasa ketinggalan zaman.
Idea Styling Mudah Dengan Warna Tree House

Kalau takut rumah jadi gelap, jangan risau. Tree House tak perlu dicat satu rumah.
Cukup satu sudut pun dah bagi impak.
Antara cara paling senang:
- Jadikan feature wall di ruang tamu atau ruang makan.
- Padankan dengan perabot kayu atau rotan.
- Gunakan fabrik macam linen dan kapas untuk langsir atau kusyen.
Sama ada rumah teres, apartment atau kondominium, warna ini mudah masuk. Kadang-kadang satu dinding pun dah cukup untuk buat rumah rasa 'baru' tanpa perlu renovate besar-besaran.
Gabung Dengan Elemen Alam Supaya Rumah Nampak 'Hidup'
Tree House memang cantik bila digabung dengan elemen semula jadi.
Contohnya:
- tambah tanaman indoor,
- gunakan tekstur kayu, anyaman atau ceramic,
- pilih aksesori yang tak terlalu glossy.
Hasilnya, rumah Raya nampak hidup tapi tak terlalu formal. Tetamu datang pun rasa selesa, bukan rasa macam masuk galeri pameran.
Pencahayaan Yang Betul Boleh Naikkan Mood Warna

Satu perkara yang ramai tak sedar, cahaya sangat mempengaruhi rupa warna.
Untuk hijau Tree House, cahaya warm paling sesuai. Ia buat tona hijau nampak lebih lembut dan cozy.
Antara idea mudah:
- guna lampu meja di sudut ruang,
- tambah lampu lantai dekat sofa,
- elakkan terlalu banyak cahaya putih yang keras.
Menerusi lighting yang betul, sudut biasa pun boleh nampak estetik.
Kalau korang memang tengah fikir nak segarkan rumah sekarang, ini masa sesuai sebab perubahan kecil pun boleh bantu cipta suasana yang lebih nyaman untuk Raya nanti.
Warna Hijau Tree House Untuk Sudut Peribadi

Selain ruang tamu, Tree House juga cantik untuk ruang yang lebih peribadi.
Contohnya:
- sudut baca,
- ruang solat,
- atau corner kopi dekat tingkap.
Tambah frame kecil, pasu minimal dan cahaya lembut. Tak perlu dekorasi berlebihan. Fokus pada personal touch supaya sudut itu betul-betul jadi tempat kita 'bernafas' sekejap dari rutin harian.
Bukan Sekadar Trend Raya, Tapi Warna Dengan Emosi 'Pulang'

Apa yang buat Tree House istimewa bukan sebab ia trending semata-mata, tapi sebab ia ada membawa rasa homey.
Ia sesuai bukan hanya untuk Raya, tapi sepanjang tahun. Warna yang tak cepat buat kita bosan dan masih relevan bila trend lain datang dan pergi.
Akhirnya, rumah Raya yang cantik bukan rumah yang paling mahal atau paling viral, tapi rumah yang buat orang rasa tenang bila melangkah masuk.
Dengan sedikit sentuhan warna, tekstur dan cahaya, warna hijau Tree House boleh jadi permulaan kecil untuk suasana rumah yang lebih hangat dan bermakna.
Bila rumah rasa selesa, Raya pun jadi lebih bermakna!
Inspirasi warna hijau Tree House dengan sentuhan lebih bermakna

Inspirasi warna hijau Tree House ini boleh diterokai melalui koleksi Nippon Paint, yang menekankan keseimbangan antara estetika moden dan nilai warisan.
Menerusi kempen Create Your Most Beautiful Home, pemilik rumah diberi peluang untuk merancang perubahan ruang dengan lebih bermakna, tanpa perlu melakukan transformasi besar-besaran.
Sebagai pelengkap suasana, sentuhan kecil seperti Blobby Touchlight yang comel juga boleh menaikkan mood rumah. Ia bukan sekadar dekorasi, tetapi elemen pencahayaan lembut yang membuatkan ruang terasa lebih warm, tenang dan menyenangkan.
Lebih menarik, promosi ini adalah sempena musim perayaan sahaja, jadi kalau anda memang dah ada plan nak ubah suai warna rumah untuk Raya, ini masa paling sesuai untuk buat keputusan sebelum promosi tamat!
Akhirnya, rumah yang indah bukan hanya tentang warna atau hiasan tetapi tentang bagaimana ia membuatkan kita rasa. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Nippon Paint ini.
Menerusi inspirasi hijau Tree House dan palet Nippon Paint, raya kali ini boleh diraikan dalam suasana yang meriah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

