Kenapa Putrajaya Ada Banyak Sangat ‘Roundabout’? Siap Ada Yang Terbesar Dalam Dunia!
Yang pernah alami je tahu pedih kalau terlepas exit roundabout besar gedabak tu :')
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Masuk sahaja Putrajaya, tak sah kalau tak lalu roundabout
Jumlah sebenar roundabout yang ada di Putrajaya tidak dapat dipastikan tetapi data pemetaan mendedahkan bandar tersebut mempunyai sekitar satu roundabout untuk setiap 0.7 kilometer persegi.
Untuk menampakkan perbezaan, Petaling Jaya mempunyai purata satu roundabout untuk setiap 2.5 kilometer persegi. Ia menunjukkan kepadatan roundabout di Putrajaya antara yang terbesar di Malaysia.

Lambakan roundabout di Putrajaya bukanlah satu kebetulan
Ia merupakan salah satu ciri teras pelan induk 'Garden City' bandar berkenaan pada tahun 1990-an. Dibina di atas tanah bekas kawasan ladang, bandar ini direka dari awal untuk menjadi ibu kota pentadbiran baharu Malaysia.
Dengan tiada jalan sedia ada dibina, perancang mempunyai kebebasan untuk mencipta reka letak yang menekankan keselamatan, aliran trafik yang lancar dan reka bentuk menarik.
Roundabout menawarkan beberapa kelebihan:
- Nilai mercu tanda: Reka bentuk pulau berlandskap berfungsi sebagai ruang hijau dan pameran sivik
- Aliran trafik: Kenderaan dapat terus bergerak dengan sedikit hentian penuh berbanding persimpangan
- Keselamatan: Reka bentuk bulatan memaksa kelajuan yang lebih perlahan dan mengurangkan titik perlanggaran
- Kemampanan: Aliran berterusan bermakna penggunaan bahan api yang lebih rendah dan pelepasan yang kurang
- Keberkesanan kos: Tidak seperti lampu isyarat, roundabout mempunyai kos penyelenggaraan jangka panjang yang lebih rendah

Yang paling ikonik ialah semestinya Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, roundabout terbesar di dunia
Lingkaran 3.5 kilometer ini mengelilingi Perdana Putra, pejabat perdana menteri. Di dalamnya terdapat Istana Melawati, Mercu Tanda Putrajaya dan Taman Putra Perdana, titik tertinggi di bandar ini.
Dibuka pada tahun 2003 dan direka oleh arkitek Hijjas Kasturi, ia juga mempunyai sistem tasik dan terusan di tengahnya.
Walaupun Trinidad dan Tobago mendakwa Queen's Park Savannah di negara itu lebih besar, pemerhati menyatakan bahawa ia bukanlah roundabout yang berfungsi. Mengikut kebanyakan pendapat, Putrajaya masih memegang gelaran itu.

Selain itu, terdapat beberapa roundabout lain yang dapat dilihat ketika menyulusuri Putrajaya:
- Bulatan Dataran Putra, terletak di sebelah Masjid Putra
- Bulatan Taman Putra Perdana, mengelilingi taman puncak bukit dengan pemandangan panoramik bandar
- Bulatan Dataran Gemilang, pentas perarakan dan perayaan
- Bulatan di sekitar Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), menghadap ke arah tasik
Jadi, lepas ini kalau anda pergi Putrajaya lalu roundabout, anda dah tahu sebab apa ia ada banyak dekat bandar ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 