Kena Scam Beli Dendeng Nyet Berapi, Khairul Aming Gesa Semak Keaslian Produk Sebelum Bayar
Yang penting beli terus dekat akaun rasmi Khairul Aming.
Cover image via XFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas menerima banyak aduan daripada pembeli yang kena scam, Khairul Aming menyeru orang ramai untuk memeriksa dengan teliti terlebih dahulu produk yang mereka beli sebelum lakukan bayaran
Menerusi sebuah hantaran Khairul Aming di X, dia memberi saranan itu setelah mendapat aduan dari seorang pengguna X yang memetik namanya di platform berkenaan.
"Dah makin ramai kena scam lately. Saya pun tak larat dah nak handle and report. Yang guna AI, yang ciplak produk, yang tekan link scammer, terlampau banyak di luar kawalan.
"Hari ni hilang, esok keluar scammer yang baru. Please check and verify semua benda sebelum beli," ujarnya.
Paket pes makanan yang diterima pengguna X tersebut setelah membeli barang yang didakwa produk Khairul Aming.
Image via X
Orang ramai disaran untuk membeli terus dari akaun rasmi Khairul Aming daripada terpedaya membeli dari kedai yang mencurigakan
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rataya bersetuju dengan kenyataan Khairul Aming dan memberitahu supaya pembeli lebih baik membeli produk Khairul Aming di akaun rasminya.
Terdapat juga komen mengatakan produk yang dijualnya tidak ada reseller sekaligus menunjukkan pengguna sepatutnya membeli produk-produk tersebut menerusi akaun rasmi Khairul Aming.
Lihat antara komen di bawah:
Image via X
Image via X
Image via X
Image via X
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

