Palembang Wajibkan Pekerja Solat Subuh Berjemaah Di Masjid. Tak Patuh Boleh Kena Pecat!

Bagus juga idea ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via YouTube
Logo

Sejak memulakan tugas pada Selasa, 18 September 2018, Datuk Bandar baru di Palembang mewajibkan semua pejabat di sana untuk solat Subuh berjemaah di masjid

Datuk Bandar Palembang, Harnojoyo, menandatangani peraturan walikota (Perwali), atau surat pekeliling, yang menguatkuasakan amalan solat subuh berjemaah dalam kalangan pekerja, khususnya ketua jabatan di semua pejabat kerajaan.

Dalam peraturan tersebut, Perwali mewajibkan 160 jabatan di Palembang untuk melaksanakan program subuh berjemaah di 107 daerah

"Saya akan melakukan subuh berjemaah di 107 daerah, termasuk di masjid dan surau, selain juga di pejabat daerah dan mukim. Setiap tempat yang saya kunjungi wajib ada (solat berjemaah)," kata Harnojoyo.

Gambar sekadar hiasan

Image via

Kepada mereka yang gagal mematuhi peraturan, mereka akan diberi amaran dan jika berulang, mereka akan dibuang kerja

Jurucakap Palembang, Amiruddin Sandy berkata, langkah itu dilaksanakan bertujuan membentuk golongan birokrat yang lebih peka dengan keadaan sekeliling dan meningkatkan produktiviti apabila bangun awal pagi.

"Apabila menunaikan solat subuh secara berjemaah, secara tidak langsung mereka akan bertemu dengan masyarakat dan mendengar masalah yang mereka hadapi," kata Amiruddin.

Image via

Harnojoyo menjelaskan, solat subuh berjemaah dapat melatih aspek disiplin dalam menjalankan aktiviti seharian

"Melalui solat subuh berjemaah, diharapkan masyarakat sekitar juga akan turut melaksanakannya. Kami mahu memakmurkan masjid. Dengan itu akan terbangun manusia-manusia Islam yang bertanggungjawab," katanya. lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Boleh terima?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: