“Kena Pandai SPM Baru Boleh Masuk U?” – UNITAR Kupas Mitos-Mitos Salah Faham Tentang Sambung Belajar
Pastikan betul dahulu, baru percaya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap individu yang pernah bergelar pelajar pasti pernah alami situasi di mana ibu bapa dengar banyak pendapat tentang sambung belajar
Lebih-lebih lagi selepas keputusan peperiksaan besar macam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dah keluar.
Confirm banyak pendapat yang keluar dari pelbagai sudut tentang keputusan nak sambung belajar ke peringkat seterusnya ini.
Mungkin ada antaranya benar tapi ada juga yang dikongsikan itu mitos dan khabar angin sahaja sampai boleh buat ibu bapa dan pelajar itu sendiri pening nak buat keputusan.
Sempena sambutan ulangtahun yang ke-35 UNITAR tahun depan dengan tema Bangkit Bersama, UNITAR tampil dengan informasi yang boleh menjelaskan lagi persepsi terhadap keputusan untuk sambung belajar kepada ibu bapa dan pelajar.

Jom tengok apa antara mitos-mitos yang kita selalu dengar itu:
1. "Boleh ke belajar online ni, nanti main-main je" – Pendidikan perlu bergerak selari dengan teknologi
"Belajar online tak legit, tak real". UNITAR merupakan universiti maya pertama di Asia Tenggara yang telah diiktiraf dan memenangi anugerah di mana laluan akademik penuhnya menyokong setiap program yang ditawarkan sama ada secara konvensional (fizikal) atau dalam talian.
"Belajar online takde cikgu". Untuk berkembang, industri perlu bergerak selari dengan pergerakan dunia di mana masa depan pendidikan dan pekerjaan sedang beralih ke arah digital. Program UNITAR mempunyai pensyarah sebenar, sesi secara langsung, projek berkumpulan dan pelbagai lagi.
"Belajar online untuk MBA ke atas je". UNITAR kini menawarkan kelas siang secara dalam talian (10–12 pagi dan 2–4 petang) untuk pelajar lepasan SPM.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Suara Surabaya2. "Dapat degree, kerja takde" – Isu bukan pada pendidikan tapi kesesuaian bidang
"Belajar tinggi-tinggi tak dapat kerja pun". Pendidikan itu sendiri bukanlah puncanya tetapi kursus yang tidak relevan adalah masalah yang sebenar. Program berasaskan kemahiran yang selaras dengan industri adalah tujuan majikan mengambil pekerja.
Dengan memiliki kadar kebolehpasaran 98%*, UNITAR terbukti mempunyai hubungan kukuh dengan industri dan menawarkan program sepadan dengan keperluan industri.
"Sambung belajar tak meningkatkan gaji". Graduan tidak dibayar untuk sijil yang diperoleh tetapi dibayar untuk keupayaan yang dimiliki di mana pendidikan mampu membina kemahiran yang diperlukan majikan. Individu yang memegang ijazah boleh memperoleh pendapatan 20-60% lebih tinggi.
*Kajian Pengesanan Graduan 2024

Gambar sekadar hiasan.
Image via NST3. "Sambung belajar tu mahal, untuk yang pandai je" – Perkara yang selalu kita dengar tapi tak semestinya tepat
"Belajar IPTS, confirm mahal". Realitinya, UNITAR bawa misi untuk menghapuskan halangan dalam pendidikan. Menjadikan program yang ditawarkan mampu milik adalah salah satu keutamaan. Antaranya adalah tawaran biasiswa i-FUTURE sehingga 100%, skim pembayaran PTPTN dan terbaru program biasiswa keputusan percubaan SPM.
"Kerja dululah, belajar nanti". Menangguhkan pendidikan boleh menjejaskan pendapatan jangka panjang. Pendidikan awal dapat membantu pendapatan masa depan (peningkatan pendapatan jangka panjang).
Dengan tersedianya pilihan pembelajaran yang fleksibel, termasuk program jarak jauh dan jadual masa yang adaptif, UNITAR menyokong pelajar yang sedang bekerja mengimbangi waktu belajar dan masa bekerja.
Malah, UNITAR turut menawarkan Ijazah Sarjana Pentadbiran (MBA) pada kadar RM12,000, menjadikannya antara pilihan paling berpatutan untuk golongan bekerja.

35 tahun Bangkit Bersama, UNITAR bawakan peluang untuk semua, tingkatkan kemajuan diri dan pendidikan yang berkembang bersama pelajar
UNITAR wujud untuk menghapuskan 'penghadang' dalam pendidikan. Dengan pendekatan fleksibel,relevan dan mampu milik, ia mampu memenuhi keperluan pelajar tidak kira keadaan mereka.
Memegang prinsip mengutamakan pelajar, adaptif, relevan dan bersedia untuk masa depan, UNITAR berada di setiap langkah perjalanan pertumbuhan kerjaya pelajar seperti integrasi AI dalam program dan infrastruktur pembelajaran dalam talian yang inovatif.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Hari Terbuka UNITAR di seluruh negara pada 13 Disember ini untuk terus bertanya kepada pakar berkenaan setiap keraguan tentang persepsi sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, layari laman web rasmi UNITAR atau klik sahaja di SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via