Kematian Syamsul Haris Kini Diklasifikasi Semula Sebagai Kes Bunuh, AGC Arah Siasatan Lanjut Dijalankan

Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, 28 Julai lalu selepas jalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FMT & NSTP/Asyraf Hamzah
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk siasatan selanjutnya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Menerusi laporan Harian Metro, Keputusan itu dibuat AGC berpandukan laporan siasatan yang dibuka oleh PDRM ke atas kematian Allahyarham Syamsul Haris pada Selasa.

"Setelah ditaklimatkan dan meneliti hasil laporan siasatan berkenaan, jabatan ini mengarahkan kes kematian diklasifikasikan di bawah seksyen berkenaan," menurut AGC dalam satu kenyataan.

AGC dalam satu kenyataan sebelum ini merujuk kepada laporan media bertarikh 28 November 2025 bertajuk 'Keluarga gesa AGC bertindak selepas bedah siasat dedah punca kematian Syamsul'.

Menurut jabatan itu, pihak polis meneruskan siasatan berdasarkan arahan lanjut yang diberikan dan laporan penuh dijangka dirujuk kepada AGC dalam masa terdekat sebelum tindakan susulan diambil.

SAYS.com

Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

Image via Bernama

Pihak pembelaan mewakili keluarga Allahyarham menggesa mana-mana individu yang bersubahat menyembunyikan maklumat berkaitan kematiannya didakwa di mahkamah

Menurut laporan Sinar Harian, Peguam, Datuk Naran Singh berkata, pihak polis perlu meneruskan siasatan bagi mengenal pasti individu tersebut di mana satu jawatankuasa khas bagi menyiasat kemungkinan perkara itu berlaku juga perlu ditubuhkan.

"Jadi, jawatankuasa khas untuk menyiasat tangan ghaib ini perlu ditubuhkan segera seterusnya didakwa di mahkamah atas kesalahan bersubahat.

"Siapa yang memberi maklumat bercanggah kepada Menteri Pertahanan sehingga menyebabkan beliau membuat sidang akhbar dengan menyatakan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum ditemui meninggal dunia?," katanya.

Tambahnya, pegawai yang memberi maklumat salah kepada menteri sehingga menyebabkan mereka percaya tiada kecederaan terlibat dalam kematian mangsa perlu dipertanggungjawabkan.

SAYS.com

Ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun.

Image via Berita HarianImage via

Mahu dapatkan penjelasan daripada dua pegawai perubatan yang jalankan bedah siasat pertama

Naran berkata, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad perlu mendapatkan penjelasan daripada dua pegawai perubatan yang menjalankan bedah siasat pertama terhadap jasad Allahyarham.

"Ini merupakan perkara yang serius dan kerajaan mesti menyiasat perkara yang berlaku," katanya mengulas kenyataan polis yang memaklumkan bahawa siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti individu yang terlibat berhubung kematian mangsa.

Menurut Naran, selepas laporan bedah siasat daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) diperoleh pada 28 November, bedah siasat kedua mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada leher.

Terdapat juga beberapa kecederaan lain seperti melecet yang turut ditemukan pada jasad Allahyarham dalam proses bedah siasat kedua yang dijalankan pada 30 Ogos lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: