Turut Tertekan Dengan Apa Yang Terjadi, Keluarga Suspek Hanya Mampu Ungkapkan “Maaf”
Ibu suspek dikatakan hanya berkurung di rumah sejak dua beradik tersebut ditahan.
Cover image via SAYSSehingga hari ini rakyat Malaysia masih lagi terkesan dengan kejadian menyayat hati minggu lalu yang mana sebuah pusat tahfiz terbakar dan mengorbankan seramai 25 orang mangsa
Kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ternyata dilakukan oleh sekumpulan remaja belasan tahun yang bermotifkan dendam atas insiden perebutan gelanggang futsal dan ejek-mengejek dengan pelajar-pelajar pusat tahfiz tersebut.
Baru-baru ini, Harian Metro melaporkan, seorang waris empat remaja yang ditahan polis memohon maaf atas apa yang berlaku
Waris bagi dua beradik berusia 15 dan 16 tahun yang ditahan Jumaat lalu, meluahkan permohonan maaf kepada semua keluarga mangsa, pelajar dan tenaga pengajar terhadap kejadian yang menimpa.
Dia yang juga sepupu kepada ibu suspek amat tidak menyangka dua anak sepupunya itu boleh terbabit dalam kejadian seperti itu.
Katanya, dua beradik itu memang nakal namun sifat itu mungkin disebabkan mahu perhatian kerana ibu dan bapanya sudah berpisah.
Image via Malay Mail Online
Menurutnya lagi, ibu suspek sehingga kini masih lagi tertekan penahanan dua anaknya itu dan tidak mahu bertemu dengan sesiapa setakat ini
Ibu suspek dikatakan hanya berkurung di rumah sejak dua beradik tersebut ditahan.
Ibu mangsa kelihatan menangis di depan pusat tahfiz selepas mendapat berita berkenaan.
Image via tv3Malaysia/Twitter
Dalam pada itu, datuk kepada seorang suspek berusia 11 tahun, meminta maaf kepada keluarga dan waris mangsa yang terbabit dalam kebakaran itu
Dia yang juga bapa angkat kepada suspek 15 tahun berkata, dia memahami perasaan keluarga mangsa tetapi hanya perkataan "maaf" yang mampu diungkapkannya.
Datuk kepada seorang suspek berusia 11 tahun, meminta maaf kepada keluarga dan waris mangsa.
Image via Harian Metro
Tambahnya lagi, cucu dan anak angkatnya adalah insan yang penyayang, namun cepat terpengaruh dengan rakan kerana lurus bendul
Sebaik sahaja tiba di rumah, polis mengambil gambar anak angkat dan cucunya sebelum membawa mereka pergi dan dia mengetahui pembabitan jenayah yang dua remaja itu lakukan.


