“Keluarga Saya Suka Amira, Kami Mesra Sebagai Rakan Sekerja” – Fattah Amin
Menurut Fattah, Amira merupakan rakan sekerja yang baik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak kebelakangan ini, semakin hangat gosip hubungan rapat antara pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman
Menerusi temu bual bersama Harian Metro baru-baru ini, Fattah mengakui keluarganya menyukai dan merestui hubungan baiknya dengan Amira.
Fattah berkata, Amira adalah rakan artis dan rakan sekerja yang baik.
"Mereka (keluarga) suka sebab Amira pun ada datang ke majlis sebelum ini dengan keluarga saya. Mereka gembira melihat saya berkawan dengan Amira.
"Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Mesra sebagai teman sekerja," katanya.
Image via Harian Metro
Dalam pada itu, Fattah sempat mengulas tentang komen Tokti yang mengusiknya dengan Amira dalam live di TikTok beberapa hari lalu
Dalam live tersebut, Tokti menulis "tak sabar nak merenjis" ketika Fattah dan Amira sedang berbual bersama.
"Saya sebenarnya tak perasan sebab komen tu di live Amira. Tapi kita happy lah bila tengok orang lain happy.
"Yang penting kita tinggalkan komen yang baik-baik. Doa yang baik tu sebenarnya akan beri impak pada kita.
"Bila terjadinya live tu dan ramai yang komen baik-baik tu saya bersyukurlah," katanya.
Image via @fattahaminz (TikTok)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 