Keluarga Mangsa Mohon Orang Ramai Yang Ada Rakaman Dashcam Kemalangan Di Federal Highway
Difahamkan, pelakon tersebut baru sahaja berkahwin awal tahun ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keluarga kepada pelakon berusia 33 tahun, mendiang Parvin Nair Surendran memohon jasa orang ramai yang miliki rakaman dashcam semasa kejadian yang meragut nyawa lelaki itu
Menerusi beberapa hantaran di Instagram, adik Parvin, Yesotha, berkata nahas berlaku pada malam Khamis lalu, 7 Ogos, di KM 9.9 Lebuhraya Persekutuan sejurus selepas stesen LRT UiTM Shah Alam, menghala ke Kuala Lumpur.
Yesotha memberitahu SAYS bahawa abangnya telah menunggang motosikal sebelum kemalangan berlaku dan polis telah menemuinya sudah mati di tempat kejadian.
"Kami memerlukan bantuan anda. Kami sedang mencari rakaman dashcam kemalangan yang berlaku pada hari Khamis, kira-kira jam 8 malam hingga 9.30 malam di Lebuhraya Persekutuan selepas i-City, Shah Alam menghala ke KL.
"Jika anda atau sesiapa yang anda kenal melalui kawasan tersebut pada waktu itu, sila semak rakaman dashcam anda. Bantuan anda mungkin dapat memberi kami jawapan mengenai pemergian mendiang abang kami," tulisnya.

Parvin yang juga merupakan seorang penyanyi baru sahaja berkahwin pada Mac tahun ini
Pelbagai ucapan takziah telah disampaikan daripada rakan, peminat dan rakan sekerjanya dalam industri hiburan.
"Rehatlah dengan tenang, Parvin Nair Surendran. sebuah bakat yang bersemangat meninggalkan jejaknya di persada seni tempatan.
"Kehadiran anda amat dirindui, tetapi legasi anda akan terus hidup melalui cerita yang anda bantu sampaikan," kata Raaga FM dalam satu perkongsian.
Sementara itu, JEI FM berkata, "Pelakon Malaysia, Parvin Nair meninggal dunia secara tragis pada 7 Ogos dalam satu kemalangan. Takziah yang tulus buat orang keluarganya yang tersayang. Semoga rohnya tenang."

Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan itu, sila hubungi Yesotha di talian +6012-2539309
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 