Keluarga Itu Drama Melayu No. 1 Di Malaysia, Top 7 Google Trends Untuk Tahun 2025
Wah, tahniah Keluarga Itu!
Cover image via TV3 MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keluarga Itu sekali lagi mengangkat martabat drama TV3 apabila dinobatkan sebagai Drama Melayu No. 1 tahun ini
Drama ini turut berjaya menembusi senarai carian paling tular (top trending) dalam Google Trends 2025 di Malaysia bagi kategori drama dengan menduduki tangga ke-7 keseluruhan.
Pencapaian ini membuktikan TV3 masih menjadi pilihan utama penonton sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam arena drama Melayu yang sentiasa selangkah di hadapan.
Keunggulan drama ini terserlah melalui sentuhan seni dan arahan penuh ketelitian Erma Fatima, yang hadir dengan penceritaan yang benar-benar menyentuh hati.

Barisan pelakonnya seperti Dato' Rosyam Nor, Datin Sri Umie Aida, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Izara Aishah, Muaz Zabir, Duerra Mitilda dam Melissa Campbell tampil begitu meyakinkan sehingga setiap babak terasa hidup dengan konflik, kasih sayang dan emosi yang disampaikan secara natural.
Menariknya, Keluarga Itu turut menonjol melalui watak lakonan Dato' Rosyam Nor yang muncul sebagai antara elemen paling mencuri perhatian dalam drama tersebut.
Lakonannya yang begitu mantap mencetuskan pelbagai reaksi terutamanya rasa 'geram' yang memperlihatkan betapa kuatnya impak penceritaan sehingga penonton benar-benar tenggelam dalam konflik watak yang dibawakan.


Fenomena Keluarga Itu membuktikan bahawa TV3 bukan sekadar menghasilkan drama tetapi mencipta karya yang membentuk budaya serta perbualan rakyat
Dengan pujian berterusan dan momentum digital yang mengagumkan, TV3 sekali lagi mengesahkan kedudukannya sebagai destinasi drama paling berpengaruh di Malaysia, terus memimpin, mencabar norma dan mendominasi nadi hiburan negara.
Sejak episod pertama disiarkan di slot Lestary TV3 pada 28 Februari lalu, drama Keluarga Itu terbitan Rumah Karya Citra mencetus perbincangan hangat mengenai realiti institusi keluarga.
Kisah dipaparkan termasuk cabaran mengasuh anak autisme mengundang pelbagai reaksi penonton baik marah, kecewa, jijik dan simpati yang mendalam.
Drama Keluarga Itu menyuluh sisi gelap kehidupan sebenar di mana pengkhianatan daripada darah daging sendiri bukan semata-mata imaginasi dan mimpi ngeri, sebaliknya, realiti kejam yang dialami sesetengah individu.
Jika anda belum menonton drama Melayu Keluarga Itu lagi, anda boleh sahaja muat turun aplikasi Tonton dan strim sekarang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



