Keluarga Itu Dinobat Drama Paling Viral Anugerah OHBULAN! Paling Viral Online

Tahniah!

Enlarge text
Cover ImageCover image via IMDB & OHBULAN!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Drama Keluarga Itu terus membuktikan dominasinya apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Drama Paling Viral  di malam penganugerahan OhBulan! Paling Viral Online (OBPVO)

Karya sentuhan Erma Fatima yang disiarkan di TV3 dan platform penstriman Tonton ini berjaya mengetepikan empat pencalonan sengit yang lain.

"Terima kasih kepada yang mengundi, kerana tanpa anda semua tidak ada ertinya karya saya.

"Saya percaya pada skrip jalan cerita, dekat dengan jiwa, masyarakat boleh terima drama itu.

"Saya tak pernah fikir untuk viral atau menang anugerah, lebih penting saya nak buat lebih baik dari sebelumnya," kata Erma Fatima.

Sebagai tanda pengiktirafan terhadap impak digital dan populariti drama tersebut, Erma Fatima telah membawa pulang sebuah trofi eksklusif yang direka khas oleh pihak penganjur.

SAYS.com
Image via OHBULAN!

Sejak episod pertama disiarkan di slot Lestary TV3 pada 28 Februari lalu, drama Keluarga Itu terbitan Rumah Karya Citra mencetus perbincangan hangat mengenai realiti institusi keluarga.

Kisah dipaparkan termasuk cabaran mengasuh anak autisme mengundang pelbagai reaksi penonton baik marah, kecewa, jijik dan simpati yang mendalam.

Drama Keluarga Itu menyuluh sisi gelap kehidupan sebenar di mana pengkhianatan daripada darah daging sendiri bukan semata-mata imaginasi dan mimpi ngeri, sebaliknya, realiti kejam yang dialami sesetengah individu.

Jika anda belum menonton drama Melayu Keluarga Itu lagi, anda boleh sahaja muat turun aplikasi Tonton dan strim sekarang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: