“Kelate Mendunia” – Lelaki Kongsi Suasana Bazar Ramadan Dijual Anak-Anak Kelantan Di Mesir
Meriahnya!
Cover image via @bidi_hurairah (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berpuasa jauh daripada keluarga merupakan perkara yang menyedihkan
Ditambah pula mula timbul rasa rindu untuk menjamu dengan lauk-pauk ketika berada di rumah. Bila dah duduk jauh, apatah lagi di negara yang berbeza ini, memang susah lah nak dapat makanan seperti di kampung jawabnya.
Namun, baru-baru ini seorang lelaki berkongsi suasana bazar Ramadan ketika berada di Mesir yang mencuri tumpuan ramai.
Image via @bidi_hurairah (TikTok)
Kongsi mini bazar Ramadan Kelantan di bumi Mesir
Menerusi video di akaun TikTok @bidi_hurairah, kelihatan seorang lelaki berkongsi suasana ketika dia sedang berada di di Mesir.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah terdapat bazar yang dijual oleh anak-anak Kelantan di situ dengan pelbagai juadah berbuka puasa.
Difahamkan, bazar Ramadan mini itu adalah anjuran daripada Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) di sana.
Malah, mereka juga turut mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia atau pelajar Malaysia yang berada di sana untuk singgah ke bazar tersebut.
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


