Kelantan Negeri Kedua Paling Selamat Di Malaysia Mengikut Bacaan Laporan Indeks Jenayah
Berdasarkan statistik, Kelantan berada di belakang Sabah sebagai negeri yang mempunyai kadar jenayah rendah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kelantan dilihat sebagai antara negeri paling selamat di Malaysia di belakang Sabah
Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata perkara ini disahkan berdasarkan statistik daripada DOSM menunjukkan skor 96 per 100,000 penduduk menjadikan Kelantan negeri kedua paling selamat di Malaysia.
"Selain itu, statistik menunjukkan Sabah negeri pertama selamat dengan indeks jenayah sebanyak 95 per 100,000 penduduk.
"Jika dilihat laporan tidak banyak perbezaan antara Kelantan dan Sabah. Kita boleh menguar-uarkan hasil daripada kajian indeks sosial ini dan langsung tiada istilah untuk menjadikan ia sebagai bahan politik," katanya.
Pelbagai usaha dilaksanakan susulan jenayah melibatkan dadah yang masih tinggi
Tambah beliau, walaupun indeks jenayah di Kelantan antara yang rendah, indeks jenayah melibatkan penyalahgunaan dadah dilihat masih berada di tahap yang agak tinggi.
"Kerajaan dari semasa ke semasa mengambil pelbagai inisiatif seperti menubuhkan unit dakwah halaqah, mewujudkan enakmen kawalan hiburan, , menutup kedai judi dan mengawal penjualan arak.
"Kita juga melakukan pengubahsuaian terhadap budaya rakyat Kelantan yang bertentangan Islam, sebagai contoh membabitkan persembahan Makyong, wayang kulit dan lain-lain.
"Semua ini antara bukti tahap pencapaian kerajaan negeri dalam penghayatan Membangun Bersama Islam," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 