Kelantan Masih Memegang Status Negeri Miliki Tanah Rizab Melayu Terluas Di Malaysia
Perak duduki tempat kedua dengan memiliki tanah rizab Melayu seluas 955,000 hektar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mendedahkan Kelantan adalah negeri yang masih memiliki tanah rizab Melayu terluas dalam negara
Menerusi laporan Sinar Harian, Mohd Nassuruddin berkata keluasan pemilikan itu melibatkan keluasan sehingga 1.36 juta hektar di negeri terbabit.
"Kelantan boleh dikatakan antara yang tertinggi memiliki tanah rizab Melayu berbanding Perak lebih 955,000 hektar; Kedah, 829,000 hektar; Johor lebih 561,000 hektar dan Pahang 444,000 hektar," katanya.
Menurutnya, kerajaan Kelantan tidak menjual atau menukar status tanah rizab Melayu dimilikinya seluas lebih 1.36 juta hektar di samping memaklumkan sebahagian tanah berkenaan hanya diberi pajakan untuk tempoh tertentu.
"Saya mahu perbetulkan fakta, kita tidak menjual atau menukar status tanah rizab Melayu. Memang ada yang kita beri tempoh pajakan kepada syarikat tertentu termasuk untuk Projek Ladang Rakyat selama 30 atau 60 tahun," katanya.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Image via Mohd Nassuruddin Haji Daud (Facebook)Tanah kembali menjadi milik kerajaan negeri selepas tamat tempoh pajakan
Mengulas lanjut, Mohd Nassuruddin turut memaklumkan polisi yang dikenakan sekiranya tempoh pajakan telah tamat.
"Namun status tanah tidak ditukar sebaliknya apabila tempoh pajakan itu tamat, tanah itu kembali menjadi milik kerajaan negeri.
"Sambung atau tidak tempoh pajakan itu bergantung kepada kerajaan ketika itu.
"Untuk membangunkan negeri, kita beri pajakan kepada pelabur dengan tempoh tertentu dan ini adalah dasar seluruh negara, namun statusnya tetap tanah rizab Melayu," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 