‘Datang Hospital Balik Bila Dah Tenat’ – Kecewa Seorang Doktor Bila Pesakit Tak Ikut Cakap
"Kami manusia biasa juga ye, kami sangat frust dgn pesakit mcm ni." – Rafidah Abdullah
Cover image via SAYSTugas seorang doktor bukanlah satu tugas yang mudah. Segala pengharapan diletakkan ke atas bahunya bagi memastikan setiap pesakit beransur pulih daripada penyakit yang dihidapi.
Apatah lagi sekiranya pesakit betul-betul di tahap kritikal, pastinya seorang doktor ingin memberikan yang terbaik buat pesakit mereka. Namun, bagaimana pula sekiranya segala saranan yang diberikan doktor tidak diambil peduli oleh pesakit? Sehingga membahayakan nyawa pesakit?
Baru-baru ini, satu post seorang doktor di Facebook menjadi viral apabila menceritakan keadaan seorang pesakit buah pinggang yang agak menakutkan kerana tidak mengikut saranan doktor
Pesakit tersebut memilih untuk menuruti nasihat doktor homeopati bagi memulihkan penyakit yang dihidapinya itu. Tetapi, bagi [Dr Rafidah Abdullah](https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10210403084086587&set=a.3083493079459.228499.1027823540&type=3&theater), beliau amat kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh pesakit tersebut kerana pesakit tersebut boleh dikatakan berada di tahap yang sangat tidak baik.
Image via Rafidah Abdullah/Facebook
Image via www.abc.net.au


