Apa Benda #KekBiniRonaldo Ni Sebenarnya Dan Kenapa Tiba-Tiba ‘Trending’ Di Twitter?

Mungkin bini Ronaldo dah mulakan perniagaan jual kek. Mungkin.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Pagi tadi masa saya tengah scroll Twitter, tiba-tiba nampak satu hashtag yang agak menarik perhatian iaitu #KekBiniRonaldo. Masuk dalam 'Top 10 Malaysia Trends' beb.

Image via www.twitter.com

Soalan yang terus menerjah dalam kepala saya semestinya,

"Apa benda #KekBiniRonaldo ni? Kenapa tiba-tiba je trending?"

Image via

Saya fikir, bini Ronaldo ada buat bisnes kek pulak ke? Sorang main bola, sorang buat kek. Molek lah tu.

Image via

Tapi kalau saya tak silap, Ronaldo dah berpisah dah dengan bini dia, Irina Shayk. Kan?

Ok memang betul pun dah berpisah.

Image via

Hmmm…jadi apa benda sebenarnya #KekBiniRonaldo ni?

Image via

Lepas dah gali punya gali, akhirnya saya dapat jugak jawapannya. Sila baca kat bawah ya:

Ok ceritanya macam ni. Ada sorang gadis di Twitter ni, dia sangat pandai buat kek. Kek yang dia buat semua comel-comel, cantik-cantik, dan sedap-sedap belaka.

*Tweethandle* dia **[@azrarahman](https://twitter.com/azrarahman)** dan *display name* dia **'Bini Ronaldo'.** Jadi dari sini mesti anda dah boleh agak apa benda kek bini Ronaldo ni sebenarnya.

Tengok sini:

Nah, belanja sikit profile @azrarahman.

Image via Twitter @azrarahman

Ni pulak contoh kek yang @azrarahman buat. Cantik kan?

Image via Twitter @azrarahman

Tapi ada lagi satu soalan:

"Macam mana hashtag #KekBiniRonaldo ni boleh trending sampai masuk top 10?"

Sebab kalau tak silap saya, dia ni bukannya famous pun.

Inilah tweet-nya.

Image via Twitter @azrarahman

Ok senang je sebenarnya.

Semalam, @azrarahman ada buat satu *posting* di Twitter berupa ***contest*** yang membolehkan orang memenangi brownies dan kek buatannya.

Caranya?

Tuliskan ***pick up line*** paling manis beserta *hashtag* **#KekBiniRonaldo**.

Dia kemudian akan pilih **DUA** *pick up line* yang paling *best* sebagai pemenang.

Haaa itu je sebenarnya. Start daripada tu, ramai gila orang hantar pick up line yang menarik dengan hashtag #KekBiniRonaldo sampai jadi trending.

Yang menariknya, bila dah banyak sangat tweet masuk, @azrarahman sampai susah nak decide pemenang dan terpaksa naikkan jumlah pemenang kepada LIMA orang

Apa-apa pun, kami just nak ucapkan semoga berjaya @azrarahman dalam bidang pembuatan kek, tak kisahlah awak buat full time atau part time.

Dah ada demand dah tu. Apa lagi 😉

Maklumat lanjut:

Layan lagi *pick up line* yang kelakar di *hashtag* **[#KekBiniRonaldo](https://twitter.com/hashtag/KekBiniRonaldo?src=tren)**

*Profile* Twitter **[@azrarahman](https://twitter.com/azrarahman)**
*Profile* Instagram **[@azrarahman](https://www.instagram.com/azrarahman/)**

Kedai kek *online* @azrarahman di **[tasteat7th](https://www.instagram.com/TasteAt7th/)**

Nah, belanja satu gambar @azrarahman.

Image via Instagram @azrarahman

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nahfah, bafacafa sifinifi pufulakfak 😛