Kejadian Wabak Tibi Di Kota Tinggi, KKM Minta Penduduk Sekitar Jalani Saringan Kesihatan
Terus jalani saringan kalau ada simptom!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan pelaporan satu kluster
Tuberkulosis (Tibi) di Kota Tinggi yang tular baru-baru ini
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor, PKD Kota Tinggi telah mengesahkan satu kejadian wabak Tibi di sebuah lokaliti di daerah Kota Tinggi pada 25 Januari 2026.
Difahamkan, sehingga semalam, 4 Februari 2026, sebanyak 33 kes dikesan melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif kepada 804 orang kontak rapat.
"Kesemua pesakit telah menerima rawatan dan kini sedang menjalani pemantauan rapi di fasiliti kesihatan yang berdekatan.
"Terdapat satu (1) kematian dilaporkan, melibatkan salah seorang pesakit tersebut. Walaubagaimanapun, kematian ini disahkan bukan disebabkan oleh penyakit Tibi yang dihidapi," tulis kenyataan itu.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Medical News TodaySaran orang ramai di kawasan sekitar lakukan saringan kesihatan
JKNK menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan terlibat dan sekitarnya, segera menjalani saringan kesihatan di fasiliti kesihatan berhampiran bagi membendung penularan wabak.
Arahan dikhususkan kepada mereka yang mengalami gejala batuk berpanjangan atau mempunyai sejarah kontak dengan pesakit Tibi.
"Penyakit Tibi turut dikenali sebagai batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang berpunca daripada Mycobacterium tuberculosis yang merebak melalui udara kepada kontak rapat yang berdekatan.
"Gejala penyakit Tibi ini termasuklah batuk berpanjangan, hilang berat badan yang ketara, hilang selera makan, berpeluh pada waktu malam, dan batuk berdarah.
"Penyakit Tibi boleh dicegah dan sembuh sepenuhnya melalui rawatan yang efektif dengan tempoh rawatan minima selama 6 bulan," menurut kenyataan itu.

Gambar sekadar hiasan
Image via Kosmo!Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 