Kejadian Serangan Di Politeknik Ungku Omar Hanya Latihan ‘Ex-Kurung’ Pasukan 69 Komando

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan menyebarkan spekulasi tidak tepat berkaitan latihan ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis Daerah Ipoh, Perak mengesahkan bahawa kejadian serangan yang tular didakwa berlaku di Politeknik Ungku Omar pada pagi ini adalah hanya latihan pengurusan dan pengedalian krisis keganasan oleh pasukan 69 Komando PGK

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik oleh pihak polis di Facebook, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad memaklumkan, latihan berskala kecil itu melibatkan insiden di mana sekumpulan individu tidak dikenali menjadikan seorang pensyarah serta beberapa pelajar sebagai tebusan.

"Berdasarkan kejadian, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerima laporan daripada pegawai keselamatan PUO mengenai insiden tersebut.

"Latihan berskala kecil ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan agensi yang terlibat, termasuk polis, PUO dan Hospital Raja Permaisuri Bainun," katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad

Image via Bernama via FMT Malaysia

Beliau menjelaskan latihan itu dijalankan bagi memastikan pengurusan serta tindakan dalam menangani krisis keganasan dapat dilaksanakan dengan berkesan, seperti digariskan dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 18.

Sehubungan itu, kehadiran ramai anggota polis, kenderaan pasukan keselamatan dan perubatan, termasuk sebuah helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU), di kawasan PUO adalah sebahagian daripada latihan Ex Kurung.

Menurutnya, latihan seperti itu diadakan dari semasa ke semasa bagi menguji keberkesanan pelan tindakan pengurusan krisis keganasan, sekali gus memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan menyebarkan spekulasi tidak tepat berkaitan dan latihan ini" – Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dan mengelak daripada menyebarkan spekulasi tidak tepat mengenai kejadian serta latihan itu.

Terdahulu, beberapa rakaman video yang tular menunjukkan pelajar PUO dalam keadaan panik dan cuba menyelamatkan diri.

Beberapa video turut merakam bunyi letupan yang kedengaran di lokasi kejadian.

Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak

Image via IHSAN PUO

Lihat kenyataan rasmi daripada pihak polis di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: