Keedsflix Perkasa Revolusi Pendidikan Islamik Digital, Lancar HQ Baharu & Raikan Pencapaian 300 Cawangan
Keedsflix turut mengumumkan empat transformasi utama yang akan memacu jenama itu bermula tahun 2026.
Cover image via Keedsflix HQFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keedsflix, organisasi pendidikan awal kanak-kanak yang sedang berkembang pesat melakar sejarah melalui majlis GLANCE (Grand Launching New HQ & 300 Centre Celebration) baru-baru ini
Majlis ini meraikan pembukaan Ibu Pejabat (HQ) baharu di Puncak Alam serta pencapaian luar biasa melangkaui 300 cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh hanya tiga tahun.
Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Pejabat Setiausaha KUSKOP, yang melambangkan sokongan kerajaan terhadap pembangunan ekosistem pendidikan awal negara. Turut hadir ialah Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, tokoh pembangunan wanita, serta pengasas Keedsflix sendiri, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2020, Keedsflix kini telah berkembang kepada 307 cawangan yang memberikan impak besar kepada komuniti dan ekonomi negara. Pencapaian ini telah melahirkan:
- 8,550 orang pelajar yang mendapat pendidikan awal Islamik.
- 10,000 peluang pekerjaan diwujudkan (termasuk 810 tenaga pengajar).
- 300 usahawan (Keedspreneur) yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
HQ baharu ini bakal berfungsi sebagai pusat latihan guru yang lengkap, hab sistem digital, dan pusat sokongan modul standard bagi menampung skala operasi yang semakin besar.
Keedsflix perkenal empat inisiatif utama G.L.A.N.C.E

Dalam majlis yang sama, Keedsflix mengumumkan empat transformasi utama yang akan memacu jenama itu bermula tahun 2026:
- Pemerkasaan Modul Keeds Mandarin: Mulai 1 Januari 2026, semua cawangan akan menguatkuasakan modul Bahasa Mandarin. Uniknya, modul ini diajar oleh guru Melayu terlatih yang telah menjalani latihan intensif selama 3 bulan, bagi memastikan penyampaian yang selaras dengan nilai Muslim.
- Portal Digital e-KQA (Keedsflix Quranic Academy): Sebuah portal video pembelajaran Al-Quran berasaskan Modul Keeds Quranic. Inisiatif digital ini membantu ramai pelajar Keedsflix menghabiskan bacaan Al-Quran seawal usia 6 tahun melalui pendekatan yang santai dan boleh diakses di mana-mana sahaja.
- Siri Animasi Keedsflix (Aisyah & Noah): Memperkenalkan watak animasi Aisyah dan Noah sebagai solusi screen time yang bermanfaat. Siri ini menerapkan nilai murni dan adab Islamik melalui visual interaktif untuk membentuk karakter anak-anak sejak kecil.
- Projek Usahasama USM-Keedsflix (Pendidikan Khas): Kolaborasi bersama Universiti Sains Malaysia (USM) dan SmartSens.Q untuk membantu kanak-kanak Autism Spectrum Disorder (ASD). Projek perintis ini menggunakan pendekatan multisensori bagi memudahkan anak-anak ASD belajar Al-Quran menggunakan Modul Keeds Quranic.

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar turut menzahirkan rasa syukur atas kejayaan sistem pendidikan yang menggabungkan elemen Quranik dan Teknologi ini.
"Tertunai impian saya untuk melihat anak-anak Keedsflix yang telah berjaya khatam Al-Quran seawal usia 5 dan 6 tahun. Pendekatan kita melahirkan anak yang berani, berketerampilan, kreatif, dan beradab," ujar beliau.
Menuju tahun 2026, Keedsflix akan menyelaraskan sepenuhnya pelaksanaan Kurikulum Prasekolah (KP) 2026 mengikut garis panduan kementerian. Dengan sokongan lebih 5,000 keluarga Muslim, Keedsflix kini berada pada landasan kukuh untuk mencapai sasaran 1,000 cawangan dalam masa terdekat bagi meluaskan akses pendidikan Islamik moden di seluruh negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



