Cerita Sebenar Kedai Mamak Caj ‘Aircond’ Sampai RM10. Betul Atau Tidak?
Ingatkan kena bayar makan minum je. 'Aircond' pun kena bayar jugak.
Cover image via www.facebook.comKecoh sebentar di laman sosial apabila gambar sehelai resit dari sebuah restoran mamak tersebar yang menunjukkan kedai tersebut mengecaj kegunaan penghawa dingin kepada pelanggan
Pernah tengok mana-mana restoran yang mengecaj kegunaan *aircond*? Rasanya inilah pertama kali. Malah, caj yang dikenakan bukannya 50 sen ataupun RM1, tetapi RM10! Mahal betul. Nilai RM10 tu dah boleh beli hidangan sepinggan lengkap siap dengan minuman sekali.
Restoran mamak ini dikatakan terletak di Bangsar. Namun nama restoran tidak didedahkan kepada umum.
Selepas tersebar, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati ke atas perkara tersebut. Masing-masing menganggap caj yang dikenakan itu melampau dan tidak masuk akal.
Image via Rizal Hakimm/Facebook
Seorang pemilik restoran di Taman Permaisuri, Cheras turut menempelak perbuatan berkenaan. Menurutnya, restoran 5 bintang pun tidak pernah kenakan apa-apa caj penyaman udara.
Setelah mendapat perhatian orang ramai, akhirnya pemilik restoran mamak yang didakwa itu tampil memberi penjelasan. Dia berkata caj yang dikenakan itu sebenarnya satu kesilapan yang tak disengajakan.
"Sejak bil itu tersebar di Internet, ramai pelanggan datang dan bertanyakan perkara sebenar.
"Saya mahu tegaskan, kami tak kenakan bayaran itu. Ini adalah kesilapan pekerja ketika memberi bil itu kepada pelanggan. Kami telah buka bil lain dan tidak kenakan sebarang caj pendingin hawa kepada mereka," jelasnya.
Katanya lagi, jika pelanggan menggunakan bilik di tingkat atas restoran itu untuk mengadakan mesyuarat atau berjumpa rakan-rakan tanpa memesan makanan atau minuman, maka pihaknya akan mengutip RM10 caj pendingin hawa daripada mereka yang duduk melebihi dua jam di premis berkenaan.
"Tetapi, jika mereka ada pesan makanan dan minuman, maka caj itu tidak akan dikenakan," katanya.

