Kedai Makan Papar Logo Halal Tapi Tempat Tebar Roti Ada Najis Tikus Diserbu KPDN Melaka
Siapa yang dah termakan kat kedai ni harap tak jadi apa-apalah.
Cover image via KPDN Melaka (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka dedah sebuah restoran papar lambang halal tapi dalam keadaan yang tidak bersih
Menerusi sebuah video perkongsian KPDN Melaka di laman sosial, penguat kuasa tampil bertegas akan kesalahan yang dilakukan pengurus premis terbabit.
"You panggil orang datang cakap kedai bersih, suci tanpa was-was boleh makan, you dah letak halal tu sedangkan you takde apply pun.
"You cakap makan mesti bersih tapi ini tahi siapa (tunjuk dapur), ini tahi binatang perosak, ini tempat tebar roti.
"Halal tu bukan sahaja orang kata sumber sahaja masa proses nak buat pun kena bersih. Tengok ini kena gigit (tunjuk bungkusan mi), you bagi orang makan tahu," tegas penguat kuasa berkenaan.

Menyalahgunakan simbol halal tarik pelanggan
Tambah penguat kuasa tersebut, premis berkenaan telah melakukan beberapa kesalahan dan paling utama ialah mengelirukan pelanggan simbol halal tidak diiktiraf JAKIM.
"Pertama you dah salah guna halal, you dah pancing orang datang cakap kedai ni halal ada dapat halal tu memang salahlah.
"Saya kecewalah, you punya tempat nak siapkan roti canai pun dah rasa macam kolam renang tikus, nasi lemak semalam ada, ini bukan filem ratatouille tahu, tikus jadi tukang masak tu, bukan.
"You manager, you must make sure the clealiness," katanya.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



