Kecoh Masjid UPM Jadi Lokasi Pertandingan Mobile Legends, Ini Penjelasan MPP UPM

Sebelum ini tular sebuah video dakwaan Masjid UPM dijadikan tempat karnival Mobile Legends.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TikTok & Facebook
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPP UPM) kecewa dengan penyebaran maklumat berunsur tuduhan selepas tular video dakwaan Masjid UPM dijadikan venue karnival Mobile Legends

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan MPP UPM di Facebook, mereka menjelaskan pihak penganjur masih bertanggungjawab ke atas kesalahan melanggar arahan penggunaan ruang.

"MPP UPM amat kesal dengan tuduhan tersebut yang dilihat ingin memberi persepsi buruk kepada UPM umumnya dan Masjid UPM sendiri khasnya.

"Sebarang video atau dakwaan yang tersebar berkaitan perkara ini adalah tidak tepat dan telah menimbulkan fitnah terhadap pihak masjid dan Pusat Islam UPM.

"Kami mengakui bahawa penganjur masih bertanggungjawab atas tindakan melanggar arahan penggunaan ruang yang telah ditetapkan.

"Oleh itu, kami menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam penganjuran aktiviti sentiasa mematuhi garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berautoriti, lebihlebih lagi apabila melibatkan institusi-institusi keagamaan seperti masjid," tulis kenyataan itu.

Image via TikTok

Tiada jenazah di dalam masjid semasa aktiviti sedang berjalan

Menurut kenyataan itu, sebuah salah faham telah berlaku melibatkan pelaksanaan sebuah program yang pada asalnya dijadualkan dijalankan di Bilik Smart Classroom, Masjid UPM.

"Kami mengambil maklum akan salah faham yang telah tercetus baru-baru ini berhubung pelaksanaan sebuah program pelajar yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Islam UPM yang sepatutnya bertempat di Bilik Smart Classroom, Masjid UPM.

"Berdasarkan maklumat rasmi yang diterima, pihak penganjur telah dimaklumkan bahawa penggunaan ruang solat adalah tidak dibenarkan dan hanya Bilik Smart Classroom sahaja yang boleh digunakan.

"Malangnya, disebabkan kekangan ruang semasa aktiviti berlangsung, tempat aktiviti telah ditukar ke kawasan luar bilik tersebut.

"Kami juga ingin menegaskan bahawa tiada sebarang jenazah berada di kawasan itu sewaktu aktiviti dijalankan. Jenazah yang dikatakan itu sebenarnya masih belum sampai ke masjid, dan ketika jenazah tersebut sampai, aktiviti yang berlangsung di ruangan tersebut telah dihentikan sepenuhnya serta-merta," jelas kenyataan itu.

Lihat kenyataan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: