Kecewa Tak Dapat Tuntut Hutang RM50,000, Warga Emas Simbah Simen Dekat Rumah Ex-Girlfriend

Difahamkan, lelaki warga emas yang juga merupakan pekerja pengurusan mayat itu dikenakan hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah atas tuduhan menyimbah simen ke rumah bekas teman wanita Isnin lepas

Mneerusi laporan Berita Harian, seorang warga emas berusia 74 tahun itu, Ah Soi@Nah Ah Soi mengaku bersalah selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan khianat dengan menyimbah simen ke rumah bekas teman wanitanya yang juga merupakan warga emas berusia 63 tahun di Parit Besar, 5 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan di mana tertuduh boleh dikenakan penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Cuba menuntut kembali wang bernilai RM50,000 hasil ubahsuai rumah namun rumah tersebut telah dijual bekas teman wanitanya

Berdasarkan siasatan, motif tertuduh melakukan perkara berkenaan adalah disebabkan tertuduh kecewa dan marah tidak dapat menuntut kembali wang RM50,000 daripada mangsa yang digunakan untuk kerja mengubahsuai rumah bekas teman wanitanya.

Hal ini disebabkan rumah yang telah dikenakan proses ubahsuai tersebut telah pun dijual oleh bekas teman wanitanya itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam bela Tan Song Yan.

Selain hukuman denda, mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayarnya. Tertuduh kemudian membayar denda terbabit.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: