Kecewa Tak Dapat ‘Dating’ Dengan Girlfriend, Warga Emas Bakar Pusat Jagaan
Difahamkan, kejadian kebakaran itu berlaku di sebuah pusat jagaan berdekatan Kaki Bukit, Perlis.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang penghuni pusat jagaan warga emas dipercayai membakar rumah perlindungan tersebut selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan penjaganya
Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata pihaknya menerima makluman kejadian pada jam kira-kira 8.31 pagi Khamis melalui bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar menerusi talian MERS 999.
Menurutnya, pusat jagaan warga emas yang terletak di Kaki Bukit, Perlis menempatkan 20 warga emas.
Kebakaran dipercayai bermula dari kawasan almari dapur sebelum merebak ke dewan utama.
"Kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan mencecah 50 peratus membabitkan kawasan dewan," katanya.

Tak puas hati tak dapat bawa girlfriend teman pergi Kangar
Tambah Mohd Shokri, suspek dipercayai bertindak sedemikian setelah dihalang untuk membawa bersama teman wanitanya yang juga penghuni di situ ke Kangar.
"Siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan ke Kangar untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran bersama teman wanitanya yang juga penghuni pusat tersebut," katanya.
Jelas beliau lagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis turut membantu siasatan dan mengambil sampel berkaitan di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 