9 Manfaat Lain Senaman ‘Squat’ Bagi Wanita Selain Mencantikkan Punggung

Macam-macam lagi kebaikan yang ada, bukan untuk punggung saja.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Instagram @ninadobrev
Logo

Siapa-siapa yang tak biasa atau tak pernah buat squat exercise mesti akan rasa senaman ini agak sukar untuk dilakukan

Tapi, sebaik sahaja anda menguasai teknik yang betul, anda boleh lakukannya pada bila-bila masa. **Ramai menganggap senaman** ***squat*** **ini hanya bertujuan untuk memantapkan punggung**. Hakikatnya, ia sebenarnya mempunyai lebih banyak manfaat yang ramai orang tak tahu. **Di sini kami senaraikan 10 manfaat:**

Image via

1. Menambahbaikkan peredaran darah dan mengelakkan selulit

Regangan daripada melakukan *squat* dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan lebih lancar dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Peredaran yang baik bermakna lebih banyak nutrien dan oksigen sampai ke organ-organ penting. Dan ya, anda boleh ucap selamat tinggal kepada selulit, jika anda melakukan senaman ini dengan kerap.

Image via

2. Membantu penghadaman yang baik

*Squat* membantu menyingkirkan bahan buangan daripada badan dengan lebih baik. Tindak balas otot melalui senaman ini memperbaiki aliran cecair di dalam badan, pada masa yang sama memudahkan proses pembuangan melalui usus.

Image via

3. Membina otot di seluruh badan, bukan punggung sahaja

Walaupun pergerakan lebih tertumpu pada bahagian kaki, *squat* juga menggalakkan pertumbuhan otot di seluruh tubuh badan. Senaman ini begitu *intense* sehingga mewujudkan rembesan hormon-hormon yang begitu penting untuk pertumbuhan otot tisu.

4. Tidak meletakkan tekanan pada bahagian belakang

Kebanyakan senaman lain selalunya memberi tekanan yang tidak wajar pada lutut, pergelangan kaki, dan bahagian belakang. Namun *squat*, sebagai satu senaman berimpak rendah, tidak mempunyai kesan ini. Ia sangat berguna jika anda mempunyai masalah punggung, lutut atau buku lali lemah.

Image via

5. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan tidak memerlukan apa-apa aksesori atau peralatan

Tidak perlulah pergi ke gimnasium atau beli apa-apa kelengkapan kerana senaman *squat* yang *simple* ini amat berkesan dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Tak kisahlah sama ada di rumah, di pejabat, ataupun sewaktu anda pergi melancong.

6. Anda akan berjalan seperti seorang ratu cantik!

Kebaikan *squat* juga merangkumi pada postur. *Squat* adalah cara yang bagus bukan sahaja untuk memperbaiki postur, tetapi juga untuk membina keseimbangan yang lebih baik. Ia turut membantu menguatkan otot belakang, sekaligus mengelakkan sakit belakang disebabkan oleh duduk di kerusi terlalu lama.

Image via

7. Membakar lemak dan menurunkan berat badan

Selain membina otot dan melancarkan peredaran darah, senaman *squat* turut membakar kalori. Senang kata, *squat* adalah satu senaman komprehensif bagi mengekalkan kesihatan, dan pada masa yang sama menurunkan berat badan. Seluruh tubuh akan menjadi cergas!

8. Menguatkan lutut, meningkatkan fleksibiliti, dan mencegah kecederaan

Lenturan dan regangan lutut dalam senaman *squat* dapat menguatkan otot pada bahagian tersebut serta membolehkan lebih banyak oksigen dan darah mengalir di sekitar sendi. Ini membantu untuk memastikan anggota tubuh badan lebih fleksibel dan kuat.

Image via

9. Menggerakkan seluruh otot pada kaki

Tidak seperti peralatan senaman tertentu di gimnasium, yang menyasarkan otot tertentu sahaja, senaman *squat* menggunakan setiap otot yang ada pada kaki. Ini bermaksud keseluruhan kaki akan bersenam, semua dalam satu masa! Inilah salah satu manfaat terbesar senaman *squat*.

10. Membentuk, mengukuh, dan membulatkan punggung

Sudah tentu! *Squat* dapat mengukuhkan otot punggung dalam masa yang singkat, tanpa perlu meletakkan apa-apa beban di belakang. Jadi, kalau nak dapatkan punggung cantik yang boleh buat anda rasa bangga dan puas hati, buatlah *squat* hari-hari.

Image via

Selamat mencuba!

Image via

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Juga di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: