“Kaya & Handsome”- Ini Sebab Kenapa Wanita Selatan Thai Minat Lelaki Malaysia

Mereka melihat hubungan sedemikian sebagai jalan menuju kehidupan yang lebih baik.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kacak dan miliki kestabilan dalam kewangan menjadi faktor sesetengah wanita di wilayah selatan Thailand memilih lelaki Malaysia malah sanggup menjadi isteri kedua

Menerusi laporan New Straits Times, itulah yang didedahkan imam Masjid Al-Furqan di Pattani, Mukhlis Mustafa Dollahn, memberitahu ramai wanita dari wilayah sempadan selatan Thailand sanggup berkahwin dengan lelaki Malaysia, terutamanya mereka yang kaya dan berperwatakan menarik, melihat hubungan sedemikian sebagai jalan menuju kehidupan yang lebih baik.

"Ramai wanita Thailand memilih untuk berkahwin dengan lelaki Malaysia kerana mereka stabil dari segi kewangan dan menjaga keluarga mereka dengan baik.

"Mereka tidak kisah menjadi isteri kedua selagi suami mereka kaya dan bertanggungjawab," katanya.

SAYS.com

Imam Masjid Al-Furqan, Pattani, Mukhlis Mustafa Dollahn.

Image via NSTP/Sharifah Mahsinah Abdullah

Sikap pemurah berjaya menambat hati gadis selatan Thai

Beliau berkata wanita-wanita itu, kebanyakannya dari Narathiwat, Pattani dan Yala, tertarik kepada lelaki Malaysia yang sering memberi mereka modal untuk memulakan perniagaan kecil atau membantu menyara keluarga mereka.

"Tidak semestinya lelaki muda, malah yang lebih tua pun diterima asalkan mereka mempunyai wang," katanya sambil tersenyum.

Menurut Mukhlis, kebanyakan perkahwinan rentas sempadan ini berlaku di Songkhla di mana pihak berkuasa tempatan dan majlis Islam memudahkan pendaftaran perkahwinan untuk pasangan antara dua negara.

Beliau berkata ramai lelaki Malaysia memasuki Thailand melalui pusat pemeriksaan seperti Bukit Kayu Hitam dan lintasan sempadan lain untuk bertemu bakal pasangan mereka sebelum perkahwinan.

"Daripada apa yang kita lihat, hubungan ini berdasarkan persefahaman bersama. Wanita mencari kestabilan manakala lelaki mencari peneman dan kesetiaan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: