Kaum Cina, India Turut Sertai Iftar Dekat Masjid – “Perpaduan Di Kelantan Memang Kuat”
Walaupun majlis berbuka puasa je, tapi seronok tengok masyarakat dekat sana.
Cover image via @miszzhanafirmien (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, sebuah video tular memaparkan kaum Cina dan India berbuka puasa di masjid telah mencuri tumpuan ramai di TikTok
Menerusi perkongsian video daripada @miszzhanafirmien, program iftar di sebuah masjid dipercayai di negeri Kelantan itu menjemput kaum Cina dan India untuk berbuka puasa bersama-sama dengan umat Islam.
Memandangkan video seperti itu jarang tular atau dipaparkan di media sosial, ia telah membuatkan ramai mengagumi keharmonian pelbagai bangsa dan kaum di negeri berkenaan.
Image via @miszzhanafirmien (TikTok)
Image via @miszzhanafirmien (TikTok)
Image via @miszzhanafirmien (TikTok)
"Aku dah pergi banyak negeri, tak nafikan Kelantan dia punya rapat antara bangsa tu lain dari yang lain. Kadang-kadang aku confuse ni Cina ke Melayu, sebab dialek depa sebijik" – Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 212.5K tontonan dan 18.3K tanda suka di TikTok, rata-rata netizen turut memuji perpaduan antara masyarakat di negeri Kelantan.
Image via @miszzhanafirmien (TikTok)
Image via @miszzhanafirmien (TikTok)
Image via @miszzhanafirmien (TikTok)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


