Kao Malaysia Perkasakan Ibu Tunggal & Komuniti Terpinggir Menerusi Kolaborasi Laurier, Magiclean & Ibupreneur

Untuk rekod, kerjasama serta program antara Kao Malaysia dan Ibupreneur kini telah memasuki tahun ketiga berturut-turut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kao Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berpegang kepada falsafah 'Kirei' untuk menjadikan kehidupan lebih indah buat semua, Kao Malaysia meneruskan komitmennya memperkasakan wanita melalui jenama Laurier dan Magiclean dengan kerjasama Ibupreneur

Program yang kini memasuki tahun ketiga berturut-turut ini memfokuskan kepada usaha meningkatkan taraf hidup ibu-ibu daripada komuniti yang kurang berkemampuan.

Inisiatif ini bertujuan menyokong ibu-ibu yang bergantung dari segi kewangan, terutamanya semasa musim Ramadan dan Raya dengan menyediakan peralatan, kemahiran dan sokongan yang diperlukan untuk membina keyakinan serta kemandirian ekonomi.

SAYS.com
Image via Kao Malaysia

Program tahun ini melampaui bantuan kebajikan biasa dengan memfokuskan kepada pembangunan kemahiran jangka panjang:

  • Penjanaan Pendapatan: Sukarelawan Kao bekerjasama dengan ibu-ibu Ibupreneur untuk menghasilkan biskut Raya bagi meningkatkan output pengeluaran. Biskut tersebut kemudiannya dibeli oleh Kao Malaysia sebagai hadiah saguhati buat rakan peruncit, sekali gus menyumbang terus kepada pendapatan isi rumah mereka.
  • Latihan Digital & AI: Laurier dan Magiclean menaja siri bengkel penjenamaan dan kemahiran digital, termasuk reka bentuk katalog menggunakan AI dan Canva, serta penghasilan kandungan TikTok untuk perniagaan.
  • Bantuan Krisis: Kao turut menghulurkan bantuan kepada ibu-ibu Ibupreneur yang terkesan akibat banjir melalui khidmat pembersihan rumah serta sumbangan hamper produk dan baucar tunai sehingga RM1,500 untuk keperluan harian.


Secara keseluruhan, Kao Malaysia menyumbangkan produk keperluan dan tajaan bernilai RM30,000, termasuk barisan penjagaan sanitari Laurier dan penyelesaian pembersihan rumah Magiclean yang memberi manfaat kepada lebih daripada 50 orang ibu.

Rumah terbuka Kao "Berkongsi Kasih, Menyebar Harapan" sempena raya

Kempen ini diakhiri dengan Majlis Rumah Terbuka Raya Kao x Ibupreneur 2026 di Ibu Pejabat Ibupreneur, TTDI dan sumbangan daripada Kao Malaysia. Sumbangan tersebut disampaikan secara rasmi oleh Presiden Kao Malaysia, Encik Yamazaki Hirobumi, bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Ibupreneur, Puan Aida Zunaidi.

Naib Pengerusi Pengurusan Sumber Manusia Kao Malaysia, Jessie Khong, berkata "Kerjasama kami dengan Ibupreneur melampaui sekadar produk, ia adalah tentang mencipta impak yang kekal dan bermakna. Melalui Laurier dan Magiclean, kami ingin menyokong keyakinan, kesejahteraan, dan kebebasan wanita sambil membolehkan mereka membina mata pencarian yang mampan untuk keluarga mereka."

Inisiatif ini selaras dengan komitmen ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) Kao yang lebih luas, yang memberikan fokus kepada pertumbuhan inklusif dan pembangunan komuniti yang berdaya tahan.

SAYS.com
Image via Kao Malaysia

Untuk rekod, Ibupreneur adalah sebuah organisasi yang bertujuan untuk memperkasakan kaum ibu dan wanita yang kurang berkemampuan, surirumah atau ibu tunggal untuk menjadi usahawan mikro yang berjaya.

Antara fokus utama badan tersebut adalah untuk membantu ahlinya yang seramai lebih daripada 600 orang di seluruh negara mencapai kemandirian kewangan dan kejayaan dalam bisnes.

Ibupreneur juga mampu mengasah bakat sedia ada mereka untuk bergiat dalam perniagaan dan juga menyediakan platform menyeluruh bermula daripada bidang pendidikan, latihan dan pemasaran untuk membolehkan perniagaan mereka berdaya saing.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest