Kanak-Kanak Umur 6 Tahun Yang Lepas Ujian Diagnostik Khas Sahaja Boleh Masuk Ke Tahun 1

Difahamkan, pelaksanaan kemasukan anak ke Tahun Satu pada usia enam tahun, bukan diwajibkan kepada semua ibu bapa.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ujian saringan diagnostik khas akan digunakan bagi menentukan kelayakan kanak-kanak berumur enam tahun untuk memasuki Tahun Satu mulai sesi persekolahan 2027

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata hanya murid yang layak dan berjaya melepasi kriteria ditetapkan setelah menduduki ujian diagnostik itu akan dipilih untuk kemasukan ke Tahun Satu.

Menurutnya, ibu bapa perlu mendaftar anak mereka terlebih dahulu untuk menduduki ujian berkenaan, tahun ini, yang akan diumumkan pelaksanaannya kemudian.

SAYS.com

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Image via NSTP/Wan Nabil Nasir

Pelaksanaan kemasukan anak ke Tahun Satu pada usia enam tahun adalah tidak diwajibkan kepada semua ibu bapa

Fadhlina memaklumkan, ia adalah sebagai pilihan di mana kanak-kanak lain masih boleh kekal memasuki Tahun Satu pada umur tujuh tahun mengikut sistem ketika ini.

"Pertama, (ibu bapa) jangan panik, itu paling penting, kena bertenang dan melihat ini sebagai suatu pembaharuan dalam sistem pendidikan.

"Ia bukan asing di negara lain yang sudah melaksanakannya. Sebab itulah, kita memulakannya dengan tidak wajib dan ia adalah pilihan.

"Walaupun pilihan, kita tidak memberikan kebebasan kepada ibu bapa begitu saja… ia datang dengan kebersediaan anak dan paling penting sokongan pada peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) yang kita namakan sebagai ujian diagnostik.

"Ujian diagnostik ini untuk mengenal pasti kebersediaan anak-anak itu… adakah bersedia dari segi psikoemosi, tahap kemahirannya, adakah dia boleh berada dalam kelas Tahun Satu dengan semua persiapan itu?" katanya.

SAYS.com

Gam,bar sekadar hiasan

Image via Bernama

Kanak-kanak terlibat dalam ujian perlu mencapai had tertentu untuk melepasi kriteria

Tambah Fadhlina, kanak-kanak terbabit perlu mencapai had tertentu dalam ujian itu, termasuk dari segi psikoemosi dan kemahiran ditetapkan.

"Kita akan memaklumkan bila ujian diagnostik itu akan diadakan, lokasi dan semuanya.

"Ujian itu perlu dilalui oleh anak-anak yang mahu memasuki Tahun Satu (pada umur enam tahun). Yang ini kita mahu sampaikan agar ia tidak dilihat sebagai dasar yang terburu-buru.

"Ibu bapa yang mahu anak memasuki Tahun Satu itu pula perlu bagi komitmen dengan memastikan anak menduduki ujian. Kita akan membantu ibu bapa dan memberikan pedoman.

"Ibu bapa yang tidak bersetuju pula boleh mengikut cara biasa di mana anak mereka memasuki Tahun Satu pada usia tujuh tahun. Sebab itu, kita kata tidak wajib dan perlu disokong diagnostik," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: