Kanak-Kanak Prasekolah Retak Tempurung Kepala Ditolak Rakan, Ibu Mohon Doa Orang Ramai
Semoga diberikan kesembuhan dan kembali sihat dengan baik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang kanak-kanak perempuan kini bertarung nyawa selepas cedera dengan teruk di bahagian kepala dipercayai ditolak rakan prasekolah
Menerusi perkongsian ibu kanak-kanak tersebut di Facebook, Zalinda Lin mendedahkan anaknya mengalami kecederaan pendarahan dalam kepala dan tempurung kepala retak.
"Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga agar sama-sama menitipkan doa buat anak saya.
"Aisyah Sofia Binti Rohaizan kini sedang bertarung nyawa selepas ditolak jatuh sehingga menyebabkan tempurung kepalanya retak, berlaku pendarahan dalam kepala dan tidak sedarkan diri.
"Saya tak tau dan tak boleh nak fikir sekuat mana kawan dia tolak sehingga menyebabkan kecederaan tersebut. Sesungguhnya saya redha dan cuba berlapang dada atas apa yang terjadi," tulisnya.

Mohon orang ramai mendoakan agar anaknya kembali sihat seperti sebelum ini
Tambah Zalinda, dia turut meminta jasa orang ramai untuk mendoakan supaya anaknya dapat kembali sembuh dengan sempurna.
"Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, memudahkan segala urusan rawatan, melindunginya dari sebarang komplikasi, serta mengembalikan senyuman dan keceriaannya seperti sediakala.
"Semoga ada diantara kalian Yang Allah angkat doanya. Amin," tulisnya.
Ruangan komen telah dipenuhi dengan kata-kata semangat dan doa daripada netizen berharap kanak-kanak tersebut dapat kembali sihat seperti sediakala.
Lihat antara komen di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 