Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia Dua Tahun Maut Disengat Tebuan 67 Kali
Sentiasa pantau aktiviti anak-anak. Malang tak berbau.
Cover image via HealthlineKejadian menyedihkan itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang di Kampung Padang, Kuantan, Pahang
Mangsa, Khaleef Eusoff yang berusia dua tahun dikatakan sedang bermain diluar rumahnya kira-kira pukul 5 petang sebelum menghampiri kawasan sarang tebuan yang terletak lebih kurang 10 meter dari luar kawasan rumahnya.
Memetik kenyataan daripada bapa mangsa, Raafiee Abdul Rahim, 39, ketika kejadian anaknya itu bermain berhampiran dengannya yang sedang berkebun di bahagian luar rumahnya itu. Beliau kemudiannya dikejutkan dengan jeritan dan tangisan Khaleef Eusoff yang badannya telah dikerumuni serangga berbisa tersebut.
Image via Healthline
Namun, akibat dari kandungan toksik yang terlalu tinggi di dalam darah, Khaleef disahkan meninggal dunia sekitar jam 8 pagi semalam
Menurut Raafiee, kandungan toksik yang terlalu tinggi di dalam darah Khaleef membuatkan sistem organ dalamannya gagal untuk berfungsi dan anaknya itu disahkan meninggal dunia sekitar pukul 8 pagi semalam.
Jenazah Khaleef selamat dikebumikan pada jam 2.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang dan pihaknya juga telah memaklumkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk melakukan kerja pembersihan dan memusnahkan kawasan sarang tebuan itu.
Jelas Raafiee lagi, dia sedar tentang kewujudan sarang tebuan itu yang terletak di kawasan tong drum yang ditinggalkannya di luar kawasan rumah sejak beberapa hari yang lalu.
Image via Rodale's Organic Life

