Kanak-Kanak Lelaki 4 Tahun Ditemui Rentung Dalam Kejadian Kebakaran Di Sebuah Rumah

Difahamkan, terdapat enam beradik yang berumur antara sembilan bulan hingga 10 tahun berada di rumah ketika ibu mereka dipercayai keluar membeli makanan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui rentung dalam sebuah kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, yang terlibat dalam insiden kebakaran baru-baru ini

Menerusi laporan Sinar Harian, maklumat kejadian telah diterima Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur melalui talian NG999 pada jam 2.59 petang.

Komander Operasi Kanan, Mohd Azizi Abdullah berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama BBP Sri Petaling telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan satu unit rumah di tingkat 10 bangunan dengan peratusan kemusnahan dianggarkan 80 peratus," katanya.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.17 petang. Walau bagaimanapun, seorang mangsa telah ditemui dalam keadaan rentung di dalam sebuah bilik.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,"
ujarnya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Siasatan polis mendapati mangsa dipercayai ditinggalkan tanpa pengawasan dewasa

Polis mendedahkan bahawa mangsa dipercayai ditinggalkan bersama lima lagi adik-beradiknya tanpa pengawasan orang dewasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata hasil siasatan awal mendapati dalam kejadian pada 3.40 petang, kesemua enam beradik yang berumur antara sembilan bulan hingga 10 tahun itu berada di rumah ketika ibu mereka dipercayai keluar membeli makanan.

"Jiran yang menyedari kebakaran itu segera bertindak menyelamatkan mangsa, namun gagal menyelamatkan si mati kerana mangsa terperangkap di dalam bilik tidur utama yang telah terbakar," katanya.

Beliau menasihati ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa peka serta tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian bagi mengelakkan sebarang tragedi tidak diingini.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: