Kanak-Kanak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu Remaja Perempuan 15 Tahun Di Kelantan
Kes rogol dan sumbang mahram untuk suku pertama tahun ini di negeri itu telah merekodkan peningkatan 17.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kes rogol dan hubungan sumbang mahram di Kelantan dilihat membimbangkan berikutan kes melibatkan kanak-kanak perempuan berusia seawal 10 tahun dan kanak-kanak lelaki 11 tahun
Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan meningkat apabila sebanyak 252 kes direkodkan berbanding tahun 2023 dengan 206 kes.
"Bagi saya kes rogol dan sumbang mahram sangat membimbangkan. Jika dulu lelaki yang mencari perempuan, namun kini di Kelantan sebaliknya yang berlaku apabila perempuan yang mencari lelaki untuk membuat hubungan.
"Ada kes beberapa bulan lalu, anak saudara perempuan berusia 10 tahun meminta membuat hubungan dengan bapa saudara berusia 20-an yang akhirnya mengandung.
"Ada juga kes di mana lelaki berusia 11 tahun membuat hubungan dengan sepupu perempuan berusia 15 tahun sehingga mengandung. Lebih tragik remaja perempuan bawah umur namun membuat hubungan sehingga dengan lima lelaki.
"Hasil siasatan yang dilakukan, sebanyak 98 peratus kes yang dilaporkan adalah suka sama suka," katanya.
Konflik dalam keluarga dan pengaruh rakan sebaya antara faktor berlakunya kes rogol dan sumbang mahram
Menurut Mohd Yusoff, antara faktor berlakunya kejadian-kejadian terbabit adalah konflik yang berlaku dalam keluarga, kesibukan ibu bapa, percintaan, kurang didikan agama, pengaruh rakan sebaya dan dadah.
"Hasil rampasan telefon yang dilakukan terutama bagi wanita, banyak gambar dan video porno yang disimpan dalam telefon bimbit mereka.
"Ada juga baru berkenalan beberapa minggu namun sudah merakam gambar bogel dan menghantar kepada rakan lelakinya itu. Situasi ini sangat membimbangkan.
"Ada juga anak perempuan bawa balik rakan lelaki di rumah dan tidur bersama dengan pengetahuan keluarga, namun keluarga hanya membiarkannya sahaja," katanya.
Tambahnya, semua pihak perlu bersama cakna dalam situasi ini dalam mengekang kes rogol dan sumbang mahram terus berleluasa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 